Bilik ‘Wine’, Kuda, Kereta Mewah & Perjudian! Ini Senarai Aset Milik Tan Sri Kes Seleweng Dana ‘Highway’ Yang Disita SPRM

Berita

Bilik ‘Wine’, Kuda, Kereta Mewah & Perjudian! Ini Senarai Aset Milik Tan Sri Kes Seleweng Dana ‘Highway’ Yang Disita SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengenal pasti jumlah sitaan melibatkan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, aset dipercayai milik seorang pemegang konsesi bergelar Tan Sri itu bernilai kira-kira RM143 juta.

Advertisement

projek lebuhraya mex II

Antara aset yang disita sepanjang operasi sejak minggu lalu itu adalah 14 akaun individu, kondomonium mewah, sebidang tanah dan 9 unit kereta.

Berikut adalah senarai dan jumlah sitaan:

  1. 14 akaun individu berjumlah RM4.5 juta
  2. 8 akaun syarikat berjumlah RM33 juta
  3. Kondominium mewah dan sebidang tanah, bernilai kira-kira RM24.5 juta
  4. 9 unit kereta berjumlah RM7.65 juta
  5. Jam tangan mewah bernilai kira-kira RM25 juta
  6. Tas tangan bernilai RM3 juta
  7. Barang kemas dan berlain, bernilai RM6 juta
  8. 4 ekor kuda bernilai RM400,000
  9. Minuman beralkohol bernilai kira-kira RM3 juta
  10. Aset luar negara dinilai lebih daripada RM15 juta
  11. Aktiviti perjudian – dianggarkan RM20 juta

Sementara itu, Azam juga berkata sebanyak 13 buah kereta masih belum diserahkan kepada pasukan siasatan.

aset Tan Sri seleweng dana lebuh raya

Kredit: BuletinTV3

aset Tan Sri seleweng dana lebuh raya

Kredit: BuletinTV3

aset Tan Sri seleweng dana lebuh raya

 

Projek RM1.67 bilion gagal siap, dipercayai guna golongan profesional

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di antara tahun 2016 hingga 2020 di mana dana sukuk yang diluluskan berjumlah kira-kira RM1.35 bilion melibatkan penyelewengan tuntutan palsu yang bernilai kira-kira RM360 juta dan RM416 juta serta pinjaman fasiliti bank lain sebanyak RM50 juta.

Projek lebuh raya yang bernilai RM1.67 billion ini juga gagal disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan dan siasatan juga menumpukan isu rasuah bernilai RM12 juta yang dibayar kepada pihak tertentu sebagai balasan membantu membuat pengaliran wang keluar dan dikembalikan semula kepada suspek.

aset Tan Sri seleweng dana lebuh raya

 

Tan Sri Azam Baki

Kredit: NSTP

Pihak-pihak terlibat dipercayai turut menggunakan golongan profesional seperti juruaudit, pakar kewangan, jurutera serta syarikat-syarikat yang bertindak sebagai penerima wang secara berlapis (layering).

Setakat ini, SPRM masih belum mengambil keterangan Tan Sri itu kerana masih berada di wad sebuah hospital swasta.

Pegawai siasatan akan mendapatkan pengesahan daripada doktor berkaitan status kesihatan Tan Sri terbabit sebelum dirakamkan keterangannya.

Azam turut berkata pasukan siasatan kini sedang mengesan kenderaan mewah dan hartanah Tan Sri terbabit di dalam serta luar negara.

Azam baki
2 days ago

Diguna Untuk Akiviti Perjudian, ‘Tan Sri’ Seleweng Dana RM20 Juta Untuk Pembinaan Lebuh Raya - Azam Baki

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...