Bilik Sewa Serendah RM50 – RM80 Untuk Lelaki Bujang, Dalam Cadangan Untuk Dibina Di Kuala Lumpur

Trending

Bilik Sewa Serendah RM50 – RM80 Untuk Lelaki Bujang, Dalam Cadangan Untuk Dibina Di Kuala Lumpur

Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang untuk mewujudkan kediaman dengan kadar sewa rendah khusus untuk golongan belia bujang berpendapatan rendah di ibu kota.

Advertisement

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, usaha itu untuk membantu golongan itu menyewa bilik pada kadar rendah iaitu dari harga RM50 hingga RM80 sebulan.

“Ini untuk membantu mereka yang bekerja di hotel, restoran dan dalam semua sektor perkhidmatan industri di Kuala Lumpur di mana mereka akan mampu menyewa bilik walaupun gaji mereka rendah.

“Kami merancang untuk membina rumah berkeluasan 650 kaki persegi setiap unit dan setiap unit akan mempunyai 5 bilik, tandas dan ruang makan.

“Rumah ini juga akan dilengkapi kawasan meletak motosikal dan akan dibina berdekatan stesen LRT (Transit Aliran Ringan),” katanya lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...