Bilangan Warga Emas Masuk Ke Wad ICU Berkurang, Ini Kerana Ramai Dari Mereka Telah Divaksin

Trending

Bilangan Warga Emas Masuk Ke Wad ICU Berkurang, Ini Kerana Ramai Dari Mereka Telah Divaksin

Individu yang telah melengkapkan vaksinasi masih boleh dijangkiti tapi untuk mereka menjangkiti orang lain mungkin rendah. Kebanyakkan dari mereka juga tidak menunjukkan gejala positif wabak tau.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata majoriti individu yang telah melengkapkan vaksinasi mendapat jangkitan tahap satu dan dua. Hanya beberapa individu sahaja yang mendapat jangkitan tahap tiga dan empat.

Advertisement

Bukan tu jer, warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas dimasukkan ke wad ICU juga berkurang sejak enam minggu lepas. Ini kerana kebanyakan dari warga emas telah mengambil vaksinasi.

Kita harapkan rakyat Malaysia tampil ke depan untuk dapatkan vaksinasi lengkap iaitu dua dos. Dua minggu selepas dos kedua akan terjana antibodi untuk perlindungan dalaman.

Dua kaedah perlindungan luaran dan dalaman yang kita laksanakan sekarang ini iaitu vaksinasi sebagai perlindungan dalaman dan amalan prosedur operasi standard (SOP) untuk perlindungan luaran.

Jangan takut untuk ambil vaksin, tak sakit pun. Ini juga salah satu cara untuk kita mengurangkan penularan wabak ini selain mematuhi SOP yang telah diarahkan kerajaan.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...