Umum mengetahui, pengacara terkenal Neelofa yang baru saja melahirkan cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal baru-baru ini sangat menjaga privasi anak dengan tidak menunjukkan wajahnya.
Biarpun begitu, masih ramai juga yang ‘memaksa’ agar Neelofa menunjukkan wajah anaknya sehinggakan selebriti sensasi Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA tampil bersuara berkenaan hal itu.
Beliau meluahkan rasa berang di Twitter terhadap sesetengah netizen yang tetap ingin melihat wajah anak Neelofa dan PU Riz.
Dalam pada itu, Diva AA yang turut dikenali dengan ‘mulut laser’ nya itu sempat berseloroh bahawa banyak lagi bilal masjid yang boleh dilihat oleh meraka di luar sana.
Perkembangan lain pula, memetik laporan dari Harian Metro, ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mengatakan dia ingin menghormati privasi keluarga Neelofa dan tidak akan mendedahkan wajah anaknya buat ketika ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.