Setelah sekian lama mendiamkan diri selepas tercetusnya kontroversi satu babak ‘panas’ dalam drama Perempuan Itu, akhirnya pelakon baru Siti Hariesa membuka mulut untuk memberi pandangannya.
Menurutnya, dia sama sekali tidak menyesal dengan apa yang telah berlaku, namun dengan adanya kontroversi ini, dia belajar sesuatu iaitu untuk lebih memilih watak jika ada tawaran berlakon dalam drama seterusnya.
Apabila ditanya oleh pihak BH Online mengenai perasaannya jadi topik ‘hangat’ yang dibincangkan oleh netizen, Hariesa merasakan hal yang berlaku ini lucu.
View this post on Instagram
Saya tak menyesal kerana sebagai pelakon, saya kena profesional. Apa yang dilakukan atas tuntutan kerja, bukannya nak berseronok ataupun suka-suka.
Dalam pada itu, pelakon baru itu turut memberitahu disebabkan sifat keberaniannya ini, ramai yang menghantar mesej peribadi berunsur kecaman kepadanya.
Sekadar info, terdapat satu babak dalam drama Perempuan itu telah mencetuskan kemarahan banyak pihak. Babak terbabit memaparkan aksi pelakon popular, Zul Ariffin mendukung Siti Hariesa serta menyuapkan ‘whipping cream’ dalam mulut Zul dengan aksi yang boleh dikatakan agak ghairah.