Ramai peminat Saharul merasa teruja dan mengucapkan tahniah buat beliau dan isteri kerana dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata awal.
Bagi mendapatkan kepastian, pihak media telah menghubungi Saharul berkenaan kehamilan isterinya. Walaubagaimanapun, Saharul buat masa ini enggan ulas dan belum bersedia untuk memberikan sebarang komen mengenai berita tersebut.
Saharul meminta peminat serta rakan media mendoakan yang terbaik buat mereka.
Apabila masanya sudah tiba dan bersesuaian, saya akan kongsikan berita baik dengan semua peminat serta rakan media. Buat masa sekarang, doakan perjalanan rumah tangga kami berjalan dengan lancar.
Meskipun tidak mahu mengulas lebih lanjut, Saharul juga tidak menafikannya.
Kalau saya menafikan, ia umpama saya menolak sekiranya ada rezeki daripada Allah. Jadi, seperti yang saya katakan, saya memilih untuk tidak mengulas mengenai hal ini.
Tidak mengapa, apabila kandungan sudah benar-benar kuat nanti, InshaAllah Saharul akan mengumumkan berita gembira.