Pelawak Atu Zero seolah-olah meluahkan rasa kecewa mengenai tindakan abangnya, Sharif Zero yang berkongsi mengenai kisah silamnya ketika bersiaran di sebuah podcast baru-baru ini.
Ujar Atu, dia tidak mengambil hati mengenai isu tersebut namun berharap abangnya itu tidak lagi bercerita mengenai dirinya kepada umum.
Biasalah, tak kisah la sesiapa..abang ke, bila tengah syok bercakap tu dia tak sedar. Mungkin masa itu oksigen dalam otak dia dah kurang, terkeluar la benda yang tak sepatutnya. Tak apa, biasalah kekhilafan.
Yang penting lepas ni janganlah bercerita fasal orang, cerita fasal diri sendiri. Saya tak marah dan tak terasa hati, cuma orang sekeliling saya, yang saya sayang terkesan dengan apa yang dia cakap.
Maklum Atu lagi, antara orang yang terkesan dengan perkongsian tersebut adalah isterinya.
Isteri saya yang terkesan, sebagai suami sudah tentu saya kena jaga hati dan perasaan isteri. Dia banyak kali minta saya follow up (hubungi Sharif). Tapi saya cakap dekat dia, tak apa sebab kita pun tahu perangai dia macam mana.
Dia dalam pada itu menafikan dakwaan Sharif yang mengatakan dirinya pernah lari dari rumah dan hampir terjerumus dengan gejala dadah.
Part yang lari rumah tu, sebenarnya saya tak lari, kalau saya lari, saya tak balik. Biasalah masa itu kita remaja, kita rasa nak cuba semua benda. Tapi tiada istilah lari dari rumah seperti yang didakwa.
Sebelum ini, Sharif mendedahakn bahawa Atu pernah lari dari rumah dan ke Kuala Lumpur selain menjalani kehidupan sebagai gelandangan kerana tidak mempunyai wang.
Dia juga mendakwa adiknya itu pernah hampir terlibat dalam dadah disebabkan salah memilih kawan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.