“Bila Tak Bagi Depa Kata Kami Buang Mak Bapak” – Anak Luah Ibu Bapa Membebankan, Paksa Bagi Duit Gaji Untuk Berbelanja

Kehidupan

“Bila Tak Bagi Depa Kata Kami Buang Mak Bapak” – Anak Luah Ibu Bapa Membebankan, Paksa Bagi Duit Gaji Untuk Berbelanja

Luahan seorang anak di media sosial semalam mendapat perhatian ramai warganet selepas dia menceritakan tentang perangai kedua ibu bapanya yang membebankan anak-anak.

Menerusi hantaran yang tular di Twitter itu, individu tersebut akui dia dan adik beradiknya sudah tidak tahan dengan kedua orang tua mereka yang mengawal kewangan.

Advertisement

ustazah asma' harun
6 months ago

(VIDEO) "Sabar Anak Jarang Dilihat, Jarang Dihargai.." - Ustazah Asma' Tampil Tegur Ibu Bapa Abai Perasaan Anak

Ujarnya, ibu bapa mereka memaksa semua anak untuk memberikan lebih separuh daripada gaji masing-masing untuk perbelanjaan setiap bulan.

Katanya, dia yang bergaji RM2,500 dipaksa untuk memberikan sebanyak RM2,000 kepada ibu bapa dengan alasan dia adalah anak yang paling banyak perlu menggunakan duit.

Alasan sebab I anak paling dia spend banyak, I sorang yang belajar sampai Degree. Kalau tak bagi, dia heret paksa keluarkan dekat bank.

luahan

Bukan hanya dia, dua adiknya yang hanya memperoleh gaji RM1,800 pula dipaksa untuk beri pada ibu bapa sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Ibu bapanya juga akan membuatkan anak-anak rasa serba salah dan berkata mereka ‘dibuang’ ke makcik saudara menyebabkan mereka dimarahi.

Kelmarin, makcik makcik marah kitorang. Duit (yang diberi) habis tak sampai berapa hari pun. Boros yang amat.

Tambahnya, ibu bapa turut memaksa mereka membeli Coway, telefon bimbit dan membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50,000 namun dia bersyukur permohonannya tidak diluluskan oleh bank.

luahan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...