Luahan seorang anak di media sosial semalam mendapat perhatian ramai warganet selepas dia menceritakan tentang perangai kedua ibu bapanya yang membebankan anak-anak.
Menerusi hantaran yang tular di Twitter itu, individu tersebut akui dia dan adik beradiknya sudah tidak tahan dengan kedua orang tua mereka yang mengawal kewangan.
Ujarnya, ibu bapa mereka memaksa semua anak untuk memberikan lebih separuh daripada gaji masing-masing untuk perbelanjaan setiap bulan.
Katanya, dia yang bergaji RM2,500 dipaksa untuk memberikan sebanyak RM2,000 kepada ibu bapa dengan alasan dia adalah anak yang paling banyak perlu menggunakan duit.
Alasan sebab I anak paling dia spend banyak, I sorang yang belajar sampai Degree. Kalau tak bagi, dia heret paksa keluarkan dekat bank.
Bukan hanya dia, dua adiknya yang hanya memperoleh gaji RM1,800 pula dipaksa untuk beri pada ibu bapa sebanyak RM1,000 setiap seorang.
Ibu bapanya juga akan membuatkan anak-anak rasa serba salah dan berkata mereka ‘dibuang’ ke makcik saudara menyebabkan mereka dimarahi.
Kelmarin, makcik makcik marah kitorang. Duit (yang diberi) habis tak sampai berapa hari pun. Boros yang amat.
Tambahnya, ibu bapa turut memaksa mereka membeli Coway, telefon bimbit dan membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50,000 namun dia bersyukur permohonannya tidak diluluskan oleh bank.