“Bila Tak Ada Orang Minta, Dah Ada Tak Nak Putar Pula!” Nora Ariffin Enggan Keluarkan Sebarang Single Terbaru

Hiburan

“Bila Tak Ada Orang Minta, Dah Ada Tak Nak Putar Pula!” Nora Ariffin Enggan Keluarkan Sebarang Single Terbaru

Penyanyi serta bintang program realiti TV Gegar Vaganza, Nora Ariffin mengatakan dirinya tidak mahu mengeluarkan sebarang single terbaru apabila melihatkan senario semasa industri seni ketika ini.

Advertisement

Menurutnya, industri muzik kini sangat berbeza berbanding dahulu kerana penyanyi pula yang terpaksa mengikut selera pendengar bukan sebaliknya.

Dia yang sebelum ini ada berhasrat untuk menerbitkan beberapa lagu baru namun hanya separuh jalan sahaja.

View this post on Instagram

Ramadhan 24 . Back to work.?? Make up by @bobocinta ?? Busana by @azuracouture ??

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

“Sebelum ini ada hasrat dan pernah berbincang dengan beberapa komposer untuk merakamkan lagu baru tapi separuh jalan saja. Kalau ada lagu baru sekarang pun radio mana nak main. Sedih memang sedih, ibaratnya industri kita sekarang sudah tidak sihat. Terbalik pula, kita yang penyanyi ni perlu ikut selera orang sajikan. Tak naklah!”

Nora yang ditemui Astro Gempak pada majlis pelancaran makanan Rendang Tok Nora Ariffin di Mega Glory Hall, Bangi, Selangor pada Khamis lalu.

 Diminta untuk mengulas lanjut, Nora meluahkan rasa terkilan dan simpati dengan nasib yang menimpa lagu-lagu baru dinyanyikan oleh penyanyi otai seperti Aishah dan Liza Hanim. Ini berikutan lagu mereka jarang sekali diputarkan oleh stesen radio.

“Tengoklah apa jadi pada lagu baru Liza Hanim dan Aishah misalnya, mana lagu-lagu mereka? Tak dengar pun. Bila tak ada single baru orang minta, bila dah keluar tak ada radio nak main pun,”

Pelantun lagu Ada Dalam Tiada ini turut menegaskan tidak akan ada lagi single lagu berunsur sedih jika ada nanti. Menurutnya, dia kini hanya ingin bergembira dan ‘move on’ dalam kehidupan.

Nora yang kini semakin sibuk dengan perusahaan makanan hasil usaha sama bersama dengan Mega Event kini semakin mendapat permintaan yang luar biasa daripada peminat. Antara menu yang dihasilkan adalah Rendang Tok, Daging Masak Hitam, Acar Buah dan Kuah Kacang. Malah ada beberapa menu baharu yang bakal dikeluarkan seperti Kuzi Kambing, Pes Bihun Goreng, Pes Nasi Goreng dan Karipap Frozen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...