Seorang individu mendakwa kereta abangnya telah dilanggar oleh seorang pelakon lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk baru-baru ini.
Dakwanya, kejadian itu berlaku pada 15 Mac lepas di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dan selepas insiden berlaku aktor itu mengaku salah dan meminta maaf.
Malah, dia didakwa turut berjanji untuk tanggung kos baiki kerosakan pada kenderaan yang dilanggar itu kira-kira bernilai RM3,000.
Pada mulanya, dia meminta pertemuan ditangguhkan kerana sibuk dengan penggambaran namun kini mendiamkan diri dan telah menyekat nombor telefon manga.
Dia janji nak tanggung kos baiki kerosakan dialami kereta abang saya. Ketika berbalas mesej dia kata meminta masa untuk ditangguhkan pertemuan. Apabila abang saya beri peluang untuk tetapkan semula tarikh, dia terus diam.”
Kata wanita itu lagi, dia terpaksa mencari pihak media untuk menularkan tentang salah laku aktor tersebut memandangkan abangnya dikatakan sudah banyak kali beri peluang untuk dia bekerjasama.
Siapa agaknya pelakon tu ye?