“Bila Sering Disebut Takut Jadi Doa..” – Dayang Nurfaizah Nafi Sedang Sakit, Hanya Diet Untuk Jaga Penampilan Diri

Hiburan

“Bila Sering Disebut Takut Jadi Doa..” – Dayang Nurfaizah Nafi Sedang Sakit, Hanya Diet Untuk Jaga Penampilan Diri

Penyanyi ternama, Dayang Nurfaizah berharap agar orang ramai berhenti membuat spekulasi tentang berat badan yang dan kesihatannya. Katanya, dia menafikan dakwaan sedang sakit sebaliknya hanya ingin mengamalkan diet.

Masih sihat sahaja

Penyanyi ini menjelaskan, dia tidak  mahu para peminat sering menyebut dirinya sakit kerana risau ia akan menjadi doa dan akhirnya menjadi kenyataan. Selain itu, Dayang turut menjelaskan dirinya sedang diet dan cuba mengurangkan berat badan sekaligus menepis dakwaan dia menghidap masalah kesihatan.

Advertisement

Kepada peminat Dayang, kalau betul sayangkan Dayang janganlah tulis komen tanya Dayang sakitkah? Bila perkataan (sakit) itu selalu disebut takut nanti jadi doa. Saya Alhamdulillah sihat walafiat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu)

Diet kerana ingin jaga penampilan

Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Di Pintu Syurga ini turut berkata dirinya sedang cuba mengamalkan diet demi menjaga penampilan diri. Tambahan pula, Dayang gembira dengan berat badannya sekarang. Namun begitu, penyanyi ini mengakui tidak diet berlebihan hingga boleh membahayakan kesihatan dirinya sendiri.

Cuma, saya kurus sebab nak cantik dan gembira dengan penampilan diri. Berat badan saya sekarang 46 kilogram dan masih dalam kategori ideal. Saya sering buat pemeriksaan kesihatan dan setakat ini, keadaan saya baik-baik sahaja.

 

Biasanya bila ada konsert besar, barulah saya akan jaga makan dan bersenam. Selepas selesai konsert, saya makan macam biasa. Saya jenis makan makanan dalam kuantiti yang sedikit, sama juga dengan mak dan kakak. Kami akan makan berulang kali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kopi kurus
2 months ago

"Produk Anda Punca Pesakit Saya Akan Mulakan Dialisis" - 'Nutritionist' Dedah Bahaya Minum 'Coffee Shakes' Untuk Kuruskan Badan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...