“Bila Salam Tak Dijawab, Pili Air Dibuka Sebagai Umpan Agar Saya Keluar Rumah”

Trending

“Bila Salam Tak Dijawab, Pili Air Dibuka Sebagai Umpan Agar Saya Keluar Rumah”

Kejadian petang tadi selepas waktu asar, 23 Mei 2017, di Taman Air Tawar Indah, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang. Semasa saya sedang mengurut baby, terdengar suara orang lelaki memberi salam.

Advertisement

Suaranya jauh seperti dari luar pagar. Masa itu, memang tak kuasa nak hendap di tingkap sebab bulan lepas dah pernah intai, ada orang lelaki yang bagi salam macam nak minta derma.

Sedang sibuk siapkan baby, terdengar lagi suara yang sama memberi salam tetapi kuat sangat, macam dah ada di depan pintu rumah (bahagian dalam). Rasa tak sedap hati, memang tak berani nak jenguk ke luar. Cuma jalan ke pintu nak ambil baju baby dalam bakul.

Sampai di pintu, dengar bunyi air kuat macam hujan. Tapi buat tak tahu juga.

Elok bak balik, dia tanya siapa buka air di luar? Paip air rumah sebelah pun sama. Padahal pintu pagar depan berkunci. Rumah sebelah pun berkunci. Paip air memang dibuka penuh tahap air paling deras.

Macam taktik nak suruh orang keluar rumah untuk tutup paip air, kan?

Persoalannya, dia panjat pagar nak buka paip itu? Nak capai kepala paip dari luar memang tak boleh sebab ada tembok.

Tak tahulah apa yang akan terjadi kalau saya intai luar, nampak air terbuka. Kemudian keluar rumah untuk tutup paip air. Mungkin dia dah standby di sebelah pagar? Nak samun, mungkin?

Allahu, semoga kita semua dilindungiNya. Sekarang pun masih berdebar-debar lagi fikir apa yang akan terjadi sekiranya saya termasuk dalam perangkap lelaki itu.

Sebarkanlah sebagai peringatan kepada kawan-kawan, keluarga anda semua. Ini sebagai peringatan untuk kita semua.

Saya dah buat laporan polis. Beringatlah, jangan sampai terjadi pada keluarga kita.

Sumber : Sarah Sulaiman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...