Pelakon Zara Zya kini dalam perancangan untuk meneruskan tindakan saman fitnah terhadap seorang lelaki yang didakwa menyamar sebagai dirinya dengan tujuan memperdaya mangsa demi mendapatkan wang.
Memetik laporan Harian Metro, Zara, atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, menjelaskan bahawa tindakan undang-undang ini penting untuk membersihkan namanya yang telah tercemar akibat perbuatan tidak bertanggungjawab individu tersebut.
Saya dah bagi tempoh 24 jam untuk dia minta maaf, tapi sampai sekarang dia masih belum berbuat demikian.
Bila polis contact dia pun, dia beri banyak alasan.
Menurut Zara, dia sudah pun melantik peguam bagi menguruskan kes tersebut secara profesional.
Sebelum ini, Zara ada berkongsi di Instagram mengenai seorang lelaki yang menyamar sebagai dirinya dan menipu mangsa untuk mendapatkan wang. Dia turut memuat naik tangkap layar perbualan antara individu terbabit dan mangsa sebagai bukti.
Lelaki itu dikatakan menghubungi mangsa melalui mesej bertulis di WhatsApp, menyamar sebagai Zara, dan memperdaya mangsa kononnya wujud kerjasama antara Zara dan sebuah syarikat penerbangan bagi tujuan penipuan.
Zara juga telah membuat laporan polis dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan lanjut.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.