“Bila Part Cium Dahi Laju” – Malu Nak Salam Siap Alas Tisu, Netizen Meluat Pengantin Lelaki Lengahkan Sarung Cincin

Kehidupan

“Bila Part Cium Dahi Laju” – Malu Nak Salam Siap Alas Tisu, Netizen Meluat Pengantin Lelaki Lengahkan Sarung Cincin

Seringkali kita lihat di majlis akad nikah, kebanyakkan pengantin lelaki akan berasa gemuruh dan tersipu malu ketika pertama kali ingin bersentuhan dengan pasangan untuk sesi bersalam dan menyarung cincin.

Begitu juga dengan sepasang pengantin yang tular di laman TikTok dimana pengantin lelaki tersebut dilihat gementar untuk menyarungkan cincin ke jari pasangannya selepas sah bergelar suami isteri.

Advertisement

Menerusi video tersebut, pengantin lelaki itu turut dilhat menggunakan tisu sebagai alas untuk memegang isterinya selain mengambil masa lebih 2 minit untuk selesaikan acara membatalkan air wuduk itu.

Alahai pengantin ni malu-malu pula. Pertama kali jumpa yang macam ni.

@mashitahmashitah1

Alahai pengantin nie malu2 plk… Alhamdulillah selesai sudah… First time jmpa yg mcm nie… Selamat pengantin baru Maisarah dgn Aidil Ashraf… Semoga kekal bahagia…

? Devil Inside Me – Nor King

Malah, seorang wanita lebih berusia terpaksa membantu pengantin lelaki dengan menghulurkan tangan pengantin perempuan untuk mempercepatkan proses itu.

Bagaimanapun, apa yang yang menjadi perhatian orang ramai ialah apabila ketika sesu mengucup dahi pengantin perempuan, pengantin lelaki itu malah mengucup sebanyak dua kali tanpa tersipu-sipu malu.

@mashitahmashitah1

Alhamdulillah… Dpt jodoh yg tepat utk ank nakan aq #Maisarah jodoh pilihan Allah… Org baik dpt jdoh pn yg baik ii…

? Kehilanganmu Berat Bagiku – ?????

Susulan itu, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial sehingga meraih 781.1K tontonan, 24.4K tanda suka dan 207 komen di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, netizen telah meluahkan rasa kurang senang dengan pengantin lelaki tersebut kerana seolah-olah melengahkan masa.

Bukan itu sahaja, ramai yang menasihati kepada bakal pengantin agar menghentikan tabiat tersebut agar dapat memudahkan majlis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Leka Bermain Dengan Kawan, Kanak-Kanak Bangladesh Terkunci Dalam Kontena & Sesat Sampai Ke Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...