“Bila Orang Berjudi, Minum Arak, Korang Tutup Sebelah Mata” – Syamimia Menangis Ketika ‘Live’, Tuduh Netizen ‘Pilih Bulu’

Trending

“Bila Orang Berjudi, Minum Arak, Korang Tutup Sebelah Mata” – Syamimia Menangis Ketika ‘Live’, Tuduh Netizen ‘Pilih Bulu’

Pempengaruh Syamimia yang teruk dikecam baru-baru ini disebabkan ‘neutral’ dalam konflik Palestin-Israel sekali lagi bersuara menerusi siaran langsung.

Sebelum ini, dia pernah bersuara meminta orang ramai berhenti melabelnya neutral atau Israel selepas ada yang memanggilnya begitu ketika sedang bercuti.

Advertisement

Syamimia
1 year ago

Pergi Bercuti Pun Kena Hina, Syamimia Minta Hentikan Fitnah - "Orang Panggil Saya Zi*nis"

Terbaru, ibu kepada seorang cahaya mata itu meluahkan perasaan malah turut tidak dapat menahan diri daripada menangis gara-gara masih dikecam warganet.

Kata Syamimia, dia sedih kerana masyarakat hanya ingat pada satu keburukan yang dilakukannya sedangkan dia banyak berkongsi tentang hal hal bermanfaat di media sosial.

Malah, dia turut menuduh masyarakat ‘memilih’ dalam memberi kecaman dan memberikan contoh dengan orang lain yang membuat dosa tidak dikecam kerana individu itu berkongsi tentang Palestin.

Bila orang tu berjudi, pernah minum arak ke apa, korang tutup sebelah mata sebab dia pernah post pasal Palestin. Bila saya share tentang kebersihan rumah, kebersihan hati, cara nak bersahabat dengan suami, cara nak didik anak tapi satu je silap saya tak post pasal Palestin.

Warganet yang menonton video itu mengkritik Syamimia kerana dilihat seperti tidak mengambil pengajaran dengan apa yang pernah berlaku terhadapnya sebelum ini.

Ramai berpendapat seeloknya Syamimia terus berdiam diri sahaja kerana apabila dia bersuara isu akan menjadi lebih besar dan terus diperkatakan.

komen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...