“Bila Nampak Dia ‘Undress’, Aku Terus Ubah Niat” – Jadi ‘Cina Buta’ Kahwini Bekas Isteri Kawan Baik, Luahan Lelaki Undang Kecaman

Kehidupan

“Bila Nampak Dia ‘Undress’, Aku Terus Ubah Niat” – Jadi ‘Cina Buta’ Kahwini Bekas Isteri Kawan Baik, Luahan Lelaki Undang Kecaman

Seorang lelaki yang sudah beristeri membuat pengakuan tentang cinta tanpa sengaja yang dialaminya ketika ini selepas mengahwini bekas isteri rakan baiknya.

Ceritanya begini, mereka ini empat sekawan dan bertemu jodoh namun semuanya berubah apabila salah satu pasangan telah bercerai.

Advertisement

Kami dua couple, kenal masa belajar di IPTA. Kami dah kahwin hampir 4 tahun, aku dan isteri dah ada seorang anak dan mereka tak ada anak.

Kata lelaki tersebut, rakan baiknya telah lafaz cerai tanpa sengaja terhadap isterinya dengan talak tiga namun kemudian menyesali perbuatannya itu.

 

Jadi ‘cina buta’

Pada Januari tahun lalu, rakannya (Ahmad, bukan nama sebenar) dan isteri (Aishah, bukan nama sebenar) memintanya untuk menjadi ‘cina buta’ agar mereka dapat berkahwin semula dan dia bersetuju dengan hal tersebut.

Tambah lelaki itu, pada awalnya isterinya tidak bersetuju dengan cadangan mereka namun akhirnya dia akur selepas dipujuk oleh Aishah, kawannya sendiri.

Mulanya aku pun taknak tapi apabila kawan minta tolong, aku pun tolonglah. Jadi aku nikah awal tahun ni dengan dia (Aishah).

cincin

 

Berubah niat lepas malam pertama

Bagaimanapun, lelaki itu tidak dapat menolak godaan nafsu selepas berkahwin dan kejadian tersebut berlaku pada malam pertama perkahwinan mereka.

Malam aku nikah tu patutnya aku nak tidur bilik lain tapi aku ternampak dia tengah undress, terus aku ubah niat.

Dia turut mengakui telah melakukan hubungan intim bersama isteri keduanya dan sejak malam itu, dia berubah fikiran dan mula mempunyai perasaan terhadap Aishah.

Sekarang aku macam taknak lepaskan isteri kedua tu dan dia (Aishah) pun dah taknak dekat kawan ni (Ahmad). Jadi, macam mana aku nak bincang dengan Ahmad dan isteri aku?

Janjinya (perancangan) lepas raya ni aku nak ceraikan Aishah.

couple kahwin

Luahan lelaki itu yang akui buntu untuk membuat keputusan telah menerima kecaman ramai warganet di platform media sosial.

Sesetengah daripada mereka terkejut kerana dia bersetuju untuk menjadi ‘pak sanggup’ dan ramai turut menghentamnya kerana menjadikan isterinya mangsa keadaan.

Sementara itu, sebagai info Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah mengupas tentang hal ini dan nikah cina buta dikenali sebagai kaedah nikah tahlil atau muhallil.

Bagaimanapun, mengikut mazhab Syafie Maliki, Hanbali dan Hanafi cara itu adalah pernikahan yang tidak sempurna dan tidak sah dan ia merupakan nikah fasid atau nikah batil.

Bahkan, Nabi SAW melaknat pernikahan ini. Sabda Nabi SAW: “Rasulullah SAW melaknat seseorang yang menikahi wanita yang ditalak tiga dengan niat untuk menjadikan halal kepada bekas suami dan ke atas siapa yang dia halalkan.

kena halau suami
11 months ago

Wanita Takut Bagitau 'Family' Dah Diceraikan, Pernah Dihalau Suami Hanya Sebab Tak Bayar Bil Kedai Makan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...