Personaliti media sosial terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae mencuri tumpuan netizen apabila mereka berdua meraikan ulang tahun resepsi perkahwinan, kelmarin.
Berbeza budaya dengan Malaysia, pasangan ini meraikan dua ulang tahun perkahwinan setiap tahun iaitu pernikahan setiap 15 Ogos dan ulang tahun resepsi pada 29 September.
Jelas Ryzal, di negara Korea, majlis resepsi adalah hari ulang tahun perkahwinan buat suami isteri.
Bila kahwin dua negara ni unik sikit. Di Korea, hari majlis resepsi itu ulang tahun mereka. Ya lah, sebab tiada majlis nikahkan. Jadi setiap tahun ada dua kali ulang tahun perkahwinan, isteri sama tau. Jangan buat hal.
Pasangan yang mula popular di Instagram dan YouTube Durian Kimchi ini turut berkongsi foto-foto momen sepanjang majlis tersebut yang diadakan di Korea Selatan menerusi satu hantaran di Instagram untuk tatapan peminat.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil mengucapkan tahniah dan berharap agar pasangan itu turut membuat satu lagi majlis meraikan perkahwinan mereka di Malaysia pula.
Malah ada juga yang memberi cadangan agar melakukan majlis resepsi bersama majlis akikah anak sulung mereka yang akan dilahirkan nanti.
“Betul tu, nak juga rasa dan tengok majlis sanding di sini. Buatlah tema tradisional untuk Maryam walau dah ada anak pun ada je orang lain buat majlis sanding sebagai wedding anniversary..” tulis seorang peminat di bahagian komen video dimuat naik mereka menerusi media sosial Instagram.
Terdahulu, Ryzal dan Maryam telah mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 2019 bertempat di Masjid Itaewon, Seoul, Korea Selatan dan kini sedang menunggu kehadiran ahli keluarga baru, sikit masa sahaja lagi.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.