Pelakon, Datuk Aaron Aziz tampil membalas kenyataan sidang media yang dilakukan oleh pengarah sensasi, Syamsul Yusof, semalam.
Menerusi hantaran video di Instagram, Aaron berkata pada mulanya Syamsul memaklumkan dia tidak akan terlibat dengan banyak ‘fighting scene‘ tetapi lebih banyak menggunakan pistol.
Bagaimanapun, pelakon berusia 47 tahun itu memaklumkan ketika sesi latihan, dia menjadi pelakon yang paling banyak babak pertarungan berbanding pelakon lain.
Jangan nak tipu, kau dah tahu dah aku ada problem neck (slip disc).
Bukan itu sahaja, Aaron juga memaklumkan dia sudah berusaha menurunkan berat badannya dari 98 kg kepada 90kg seperti diminta oleh Syamsul.
Kau cakap pergi cucuk, berapa banyak kau nak aku cucuk. Aku cucuk hari-hari, aku sakit.
Malah, pelakon berasal dari Singapura itu turut berkata Syamsul hanya beri tempoh lagi sebulan untuknya menurunkan berat badan sebelum penggambaran dimulakan.
Aku sanggup nak tunjuk dekat kau badan aku dah kurus, tapi kau tak nak jumpa aku.
Namun, sehingga kini, Aaron mendakwa pengarah berusia 38 tahun itu masih enggan berjumpa dengannya untuk membincangkan mengenai masalah tersebut.
Bila nak, kau datang rumah aku cara baik, bila tak nak, kau buang aku macam sampah.