“Bila Nak Kahwin Dengan Fara? Wujud Lagi Tak? Padan Muka Sera Dah Cantik, Kaya” – Shuk Kena ‘Bahan’ Depan Depan

Hiburan

“Bila Nak Kahwin Dengan Fara? Wujud Lagi Tak? Padan Muka Sera Dah Cantik, Kaya” – Shuk Kena ‘Bahan’ Depan Depan

Video dimuat naik pelakon Abby Abadi menerusi akaun TikTok baru-baru ini meraih perhatian ramai warganet apabila dia dilihat ‘sound’ Shuk Sahar.

Rakaman itu memaparkan pelawak tersebut datang ke rumah Abby untuk menghantar produk kecantikan wajah yang dijual olehnya.

Advertisement

Namun, ketika tiba di depan rumah dan sedang keluar dari kereta, Abby sempat berseloroh dengan Shuk dan bertanya bila dia akan berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Fara.

Shuk Sahar Rossa Sera
1 year ago

“Cerai Ke Tak Ni?” - Tampil Mesra Di Majlis Hari Jadi Anak, Netizen Teka Shuk Dan Rossa Dah Berbaik Semula

Fara merupakan orang ketiga yang didakwa menjadi punca kemelut rumah tangga antara Shuk dan isterinya, Rossa Sera.

Farah sihat? Bila nak kahwin dengan Farah? Wujud lagi tak Farah?”

Shuk dilihat ketawa besar namun segelintir berpendapat bahasa tubuhnya menunjukkan pelawak tersebut tidak selesa dengan ‘gurauan‘ Abby itu.

Malah, Shuk turut mengelak untuk menjawab soalan tersebut dan berkata kepada Abby bahawa soalan dan video yang dirakam itu ‘bahaya’.

@abbyabadi112

@shuksahar datang yey! lama tak jumpa adik akak sorg ni.. dah kawen belum? hahaha. @Rossa Sera dah cantik menawan skrg, nyesal tak? ?? sorry2 akak geram ngan awk tak habis lagii ?? Dan yg pasti org2 Singapore jumpa kami nanti di singapore ye pada 25-27November ini di Marina Bay Sand. Sy tumpang booth Sahabat Sy @Azza Elite yg tentu akan bawak sejadah cantik gebu utk dijual/di infakkan nanti. Sy tentu bawak Rempeyek, kek choc mosit, kerepek pisang power Sy, Shuk bawak serum saranghae dia ni ya.. Dtg tauuu ke Marina Bay Sand. Jumpa nanti ? #fyp #shuksahar #budakbaik #adaanakcomel #tapinakaltakhabislagi ??

? Di Luar Kemampuanku – Ukays

Menjengah ruangan komen, Sera dilihat memberi komen dengan emoji ketawa dan Abby turut membalas dengan bertanya jika dia rindu serta akan memberi peluang kepada Shuk.

Rata-rata netizen terhibur dengan situasi itu dan berkata cara mereka bergurau menampakkan Abby serta Shuk seperti adik beradik. Segelintir individu sempat mendoakan agar Shuk dan Serra kembali bersatu semula selain ada yang menceritakan tentang keberkesanan produk dijualnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...