Pejam celik sahaja seluruh dunia sudah pun memasuki tahun baru iaitu 2022.
Namun tak pasti pula mengapakah bulan Januari yang dilalui setiap orang kini terasa begitu lama sedangkan tempohnya sama sahaja dengan bulan-bulan lain yang mempunyai bilangan hari selama 31 hari.
Dari sudut saintifiknya, ahli saintis dan psikologi pernah menjelaskan mengapa fenomena ini terjadi di masa ia berkait rapat dengan konsep ‘persepsi masa’ di mana kajian mendapat bahawa sistem ‘jam dalaman’ manusia boleh dipercepatkan atau sebaliknya.
Menurut ahli psikologi Wliam Skylark, manusia mengalami atau melalui masa secara berbeza berdasarkan pengaruh pelbagai faktor.
Rata-ratanya merasakan Januari terlalu lama kerana bulan sebelumnya iaitu Disember sudahpun diisi dengan banyak aktiviti menyeronokkan seperti perayaan Krismas dan sebagainya sekaligus membuatkan Januari berasa sungguh lama dan seakan tidak pernah habis!
Penjealsan tersebut turut didokong oleh hipotesi jam dopamin yang menyatakan bahawa apabila dopamin seseorang lebih tinggi, neurotransmitter dalam otak manusia dikaitkan dengan motivasi yang mempercepatkan ‘jam dalaman’, menjadikan masa kelihatan seperti laju, dan begitu juga sebaliknya.
Jadi, apa yang kita rasakan pada ketika ini iaitu bulan Januari terlalu lama untuk habis kerana kita lebih mengetahui masa yang sedang berjalan pada ketika ini. – The New Statesman.