“Bila Nak Dapat Baby?” – Fattah Amin Selamba Jadikan Komen Netizen Sebagai Lagu, Peminat ‘Tunggu’ 9 Bulan Lagi

Hiburan

“Bila Nak Dapat Baby?” – Fattah Amin Selamba Jadikan Komen Netizen Sebagai Lagu, Peminat ‘Tunggu’ 9 Bulan Lagi

Pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman, sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas tular satu video yang memaparkan mereka membaca komen-komen peminat yang bertanyakan soal cahaya mata.

Namun, apa yang mencuit hati ramai ialah reaksi spontan Fattah yang menyanyikan semula komen netizen itu dan mengajak isterinya untuk mencipta lagu menggunakan lirik tersebut.

Advertisement

Gelagat mereka berdua ternyata mencuit hati warganet yang membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi lucu dan doa agar pasangan itu segera menimang cahaya mata.

Lagu ‘bila nak kahwin’ dah ada, nanti keluar pula lagu ‘bila nak dapat anak’ hahaha.

Tunggu 9 bulan lagi, dapatlah bang long hehehe.

Rata-rata peminat mengakui teruja dan tidak sabar menantikan rezeki zuriat buat pasangan romantik itu yang sering tampil dengan hubungan penuh kasih dan harmoni.

Untuk rekod, Fattah Amin sah bergelar suami kepada pelakon, penyanyi dan pengacara popular Amira Othman pada 14 September 2025 dalam sebuah majlis perkahwinan penuh meriah yang turut ditonton secara langsung oleh rakyat Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Elyana
2025-10-07 09:39:38

Elyana Muat Naik Foto Kepala Botak, Beri Inspirasi Buat Pesakit Kanser - "Ini Bukan Untuk Raih Simpati Tapi.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...