Bila Member Suka “Over Show Off” Gajet Yang Banyak, Rasa Meluat Atau Tidak?

Trending

Bila Member Suka “Over Show Off” Gajet Yang Banyak, Rasa Meluat Atau Tidak?

Korang ada member tak yang suka tayang-tayang gajet ni? 3 sikap ini pasti buat orang lain rasa “turn off gila kot”, setuju atau tidak?

Advertisement

1. Tayang Iphone & Ipad

Tahulah banyak duit. Boleh beli macam-macam. Tapi perlu ke siap nak keluarkan semua bila keluar dok melepak? Lepas tu buat muka macam dia lah yang paling up to date. Excuse me?

2. Banding-Bandingkan Gajet

Haa. ni lagi satu. Mentang-mentang kawan tu takde gajet yang up to date, boleh pulak nak membandingkan gajet mana yang paling canggih dan cool. Pehh.. kalau tahu kau punya lagi canggih, diam-diam dah lah. Tak payah nak banding-bandingkan sangat. Biar rendah diri.

3. Suka Tonjolkan Diri Dan Cakap Besar

Orang seperti ini berlaku bila dah dikenali ramai secara umumnya dengan sikap yang suka menonjol. Ada orang suka dengan sikap macam ni tapi sesetengah orang tidak beberapa suka dengan sikap yang suka menonjolkan diri dan adakalanya suka cakap besar. Cuba relaks sikit. Hehe.

Orang jenis ini juga suka bercerita tentang kehidupan yang agak lebih mewah, barang-barang mewah dan sebagainya yang menyebabkan orang lain jeles dan sakit hati dengan kawan yang suka menunjuk-nunjuk.

Pada pendapat admin sendiri, kalau korang ada member yang jenis berperangai macam ni, better korang nasihatkan. Bukan apa, walaupun member tu mampu untuk beli macam-macam tapi rasa “annoying” tu tetap ada.

Tip Untuk Mengatasi Orang Yang Suka Menunjuk-Nunjuk

Mungkin tip ini boleh korang cuba bila berdepan orang yang jenis macam ni. Sure lepas ni dia akan fikir banyak kali nak buat macam tu lagi. Hehehe.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...