“Bila Mayat Seorang Muslim Dibakar, Satu Kampung Tanggung Dosa” – Ustaz Abdul Somad Perjelas Kepentingan Fardu Kifayah

Kehidupan

“Bila Mayat Seorang Muslim Dibakar, Satu Kampung Tanggung Dosa” – Ustaz Abdul Somad Perjelas Kepentingan Fardu Kifayah

Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad berkongsi ilmu mengenai hukum dari segi agama apabila seseorang itu memilih untuk dibakar jenazahnya setelah mati.

Selain pilihan individu itu sendiri, jika si mati tidak diketahui keislamannya sedangkan sudah bergelar mualaf namun tetap dibakar jenazah dan bukannya ditanam, satu kampung ataupun masyarakat di situ telah menanggung dosa.

Advertisement

Bila ada seorang muslim di mana ibu bapanya tidak tahu dia sudah muslim tetapi jenazahnya dikremasi (dibakar) maka satu kampung tanggung dosa.

Itu yang dinamakan fardu kifayah. Kifayah bermaksud jika sebahagian daripada masyarakat melaksanakannya, maka gugurlah kewajipan tersebut daripada seluruh masyarakat.

Berikutan, Abdul Somad memesan agar mualaf-mualaf di luar sana untuk mencatat atau memaklumkan identiti dengan lengkap supaya dapat memudahkan proses pengebumian setelah mati nanti.

Kalau sudah mengucap dua kalimah syahadah, berikan maklumat peribadi di pusat mualaf termasuk alamat tempat tinggal, info keluarga dan saudara-mara.

Video ceramah pendakwah itu mula menjadi tular kembali setelah kecoh mengenai kisah pemergian suami kepada pelakon Indonesia Jeniffer Coppen, Dali Wassink yang dibakar jenazahnya yang pada ketika itu bergelar mualaf.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

netizen ucap terima kasih kepada pengirim surat layang
4 months ago

"Terima Kasih Orang Baik.." - Netizen 'Banjiri' Bahagian Komen Instagram Penulis Surat Layang Kes Zulfarhan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...