“Bila Masa Tah Dia Ni Mengandung” – King Coco Selamat Timang Anak Kedua

Hiburan

“Bila Masa Tah Dia Ni Mengandung” – King Coco Selamat Timang Anak Kedua

Selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Sabtu lalu, personaliti media sosial, King Coco yang terkenal dengan pelat ala “mat saleh” itu dedah berita gembira tersebut kepada umum menerusi muat naik di laman Instagramnya.

"Bila Masa Tah Dia Ni Mengandung" - King Coco Selamat Timang Anak Kedua

Advertisement

Menurutnya, putera keduanya itu diberi nama Putra Muhammad Haqeem.

https://www.instagram.com/p/CD5kacAAp0V/

“Alhamdulillah. Another hero in the family. Semua puji hanya pada Allah.”

Lebih menarik, menerusi entri yang sama, King Coco turut meletakkan tanda pagar #bilamasatahdianimengandung.

Advertisement

"Bila Masa Tah Dia Ni Mengandung" - King Coco Selamat Timang Anak Kedua

Bagaimanapun, pengikutnya di laman berkenaan tidak dapat menzahirkan ucapan tahniah apatah lagi menitip kata-kat murni atas kelahiran tersebut buat King Coco kerana beliau bertindak menutup ruangan komen di posting berkenaan,

Untuk rekod, King Coco telah sah menjadi isteri kepada seorang bekas juruterbang, Azrin Anas Abdul Shukor pada 1 Januari 2017.

"Bila Masa Tah Dia Ni Mengandung" - King Coco Selamat Timang Anak Kedua

Sebelum ini juga, pasangan itu juga dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Putra Kyle Mateen.

Tahniah sekali lagi diucapkan buat King Coco, semoga kehadiran cahaya mata kedua ini mampu membuka banyak lagi ruang rezeki untuk King Coco sekeluarga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Elliza Razak

    August 17, 2020 at 7:18 pm

    BETINA JALANG PERAMPAS INI LAGI

Loading...