Tidak mahu fitnah berterusan tular, pelakon Abby Abadi nafi pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang anak perempuannya, Marissa Dania pernah terkena buatan orang.
Bawa fitnah pada diri
Menerusi sebuah hantaran di Instagram story, Abby berkongsi pertanyaan yang ditanya oleh netizen kepadanya. Membalas kepada soalan tersebut, pelakon ini dengan tegas menafikan dakwaan tersebut dan menganggap hal itu sebagai fitnah kepadanya.
Bila masa pula saya keluarkan statement ni? Baca dekat mana? Banyak sangat ke pahala diaorang ni asyik keluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah pada saya?
Orang ramai turut mendoakan
Pada masa yang sama, aktres berumur 47 tahun ini turut berkongsi hantaran-hantaran yang memaparkan netizen yang mendoakan kesejahteraan keluarganya. Kata Abby, dia meminta agar orang ramai mendoakan yang baik-baik untuknya dan Marissa.
Semoga Kak Abby sekeluarga bahagia dan dilindungi oleh Allah
Semoga Allah SWT berikan ganjaran terbaik dunia akhirat atas kesabaran kalian.
View this post on Instagram
Terdahulu, Abby mendedahkan dirinya tidak setuju dan ragu-ragu dengan kebolehan suami kepada Marissa, Aslam dalam berpoligami. Menurutnya, Aslam tidak mampu kerana tidak berkemampuan dalam perkara tersebut.