Sejak kebelakangan ini kita dah selalu dengar pelbagai kes yang terjadi di dalam masyarakat, tetapi kebanyakan kes yang seringkali berlaku dan paling membimbangkan terutamanya ibu bapa adalah anak hampir dibawa lari atau hilang.
Terbaru, seorang pengguna Facebook bernama Schazwaney Sara berkongsi di mana hari ini ibunya mengalami satu peristiwa yang memang amat ditakuti oleh setiap ibu bapa.
OMG … benda yg paling tkut jd ,terjadi td kat mami sy ..cerita dia camni ..dalam pukul2.30 td ,mami sy ke NSK KUCHAI LAMA dgn adik lelaki sy adam ..
Biasa la adam mmg suka duk dlm troli sambil mkn .. mami letak adam dekat tepi dia , xjauh la ..biasa la orang ramai kt nsk tu ..masa mami tgh pilih2 ikan mami dengar adam panggil ,mami ! mami ! 2 3x maybe mami xdgr kot ..
Bila mami pandang belakang adam dah xde dgn troli byk dgn barang .. mami ape lagi menjerit la panggil nama adam ,dlm mse sama mami terus ke customer service suruh security jaga kat semua pintu masuk n keluar ..
Alhamdulillah last2 org jumpa adam dekat tepi kaunter keluar ..jauh jugak la dari tempat mami letak adam tu ..maybe org tu xsempat nk bawak adam keluar kot..
Ye la nk keluar mcm mana dlm troli byk brg mesti kena bayar dulu ..n ptg ni mami akan ke NSK KUCHAI LAMA utk tgok balik cctv siapa yg tolak troli tu .. so hati2 semua ..
Kes sebegini memang kerap kali berlaku tatkala ibu bapa agak leka sewaktu membeli belah. Sebaiknya jangan tinggalkan walau sekejap pun ketika memilih barangan di shopping mall. Walaupun nampak remeh, beringatlah sebelum kena.