Bila Lapar, Mari Makan Budak!! Eh Silap, Mari Main Game Snickers

Hiburan

Bila Lapar, Mari Makan Budak!! Eh Silap, Mari Main Game Snickers

Adakah anda pernah mendengar pepatah ini?

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati

Advertisement

Dan sememangnya Abang Nara bersetuju sangat dengan pepatah di atas. Bila kita kenyang, hati senang dan gembira. Senyum pun lebar je. Tak ada rasa nak marah-marah. Buat kerja pun bersemangat. Apakah akan terjadi bila kita lapar yang sebenar-benarnya lapar?

1. Senang sentap dan cepat marah kat orang lain sebab benda kecik je.
2. Rasa tak bersemangat nak buat kerja.
3. Otak jadi lembap. Badan jadi malas.

Kesimpulannya bila kita lapar, kita bukanlah diri kita yang sebenar. Kita dah jadi orang lain. Mungkin kita dikenali sebagai orang yang ceria, tetapi disebabkan kelaparan yang tak hengat, kita jadi panas baran. Ini tak elok dan sangat membahayakan. Apakah yang patut kita lakukan apabila kelaparan dan tiada makanan di depan mata? Yang ada cumalah computer kita sahaja ?

Inilah jawapannya (jeng jeng jeng):-

mars

Snickers Hungerlings Attack. Permainan yang paling best seantero dunia sekarang ini untuk anda yang sedang kelaparan tapi tiada benda untuk dimakan. Di dalam game ini, anda adalah Hungerlings, seekor raksasa yang terhasil kerana kelaparan. Tugasan anda? Jadikan diri anda normal kembali dengan memakan 10 Snickers. Menarik kan?

mars

Apa-apa hal kita daftar dulu. Yeah ~~ Tak sabor dah nak makan Snickers, salah satu coklat kegemaran Abang Nara. Lapar pun dah lapar nie.

mars

Boleh main pakai keyboard dan pakai webcam pulak tue. Disebabkan Abang Nara tak ada webcam, maka guna keyboard ajerlah. Klik “Next” dan nanti korang akan disuruh upload gambar semua. Buat apa yang disuruh sebelum dapat memusnahkan raksasa Hungerlings ~~~ (jahat raksasa nie)

mars

Part ini yang paling menarik nie. Selepas upload gambar comel korang, korang boleh pilih Hungerling jenis apa korang nak jadi. Disebabkan Abang Nara nie memang ganas, Hungerling di atas telah menjadi pilihan. Masa untuk memakan Snickers dan bertukar menjadi normal sudah tiba. Jom ~~

mars

Itulah wajah Abang Nara yang telah bertukar menjadi Hungerling akibat kelaparan yang amat sangat. Game nie sumpah senang gila. Nampak tak ada bar Snickers kat gambar kat atas tue? Kita Cuma perlu makan Snickers tue sepuluh ketul je. Tapi hati-hati sebab kadang-kadang bukan Snickers je yang turun. Ada bomb dan macam-macam lagilah yang akan kacau misi korang bertukar dari Hungerling kepada normal.

mars

First time try Abang Nara amik masa 25 saat lebih untuk makan 10 Snickers. Ini satu pencapaian yang amat membanggakan. Tahukah anda sekiranya anda mencatatkan masa terpantas dalam game Hungerling ini, pelbagai hadiah menarik akan menanti anda? Memang awesome gila hadiah dia Abang Nara cakap sama korang.

mars

Tue dia ~~~~~~~~ PS3 ada. Laptop ada. Jam ada. Memang macam-macam ada. Hadiah pulak ada 2 set. Satu untuk korang yang guna keyboard dan satu untuk korang yang guna webcam. So banyak la peluang korang untuk menang hadiah-hadiah best nie. Tapi ingat………………

mars

Tarikh tutup contest Hungerling ini untuk rakyat Malaysia ialah 15 Mei ini. Pemenang akan diumukan setiap 2 minggu. So korang tunggu apa lagi? Daripada korang berlapar depan computer tue baik korang layan Hungerlings Attack nie. Ada jugak pekdahnya kan?

Jom makan budak ~~ Eh silap, makan Snickers dalam game Hungerlings!!!

Update: Untuk anda yang meragui status halal Snickers, Abang Nara dah buat confirmation yang Snickers adalah halal. Boleh lihat tanda halal JAKIM di pek Snickers yang anda beli. Thanks.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...