Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa berkongsi sedikit ilmu dan perspektif berkenaan kehidupan berumah tangga di Instagram story.
Neelofa berkongsi tentang peranan dan tanggungjawab yang harus dipikul bukan sahaja oleh suami tetapi juga isteri dalam sesebuah rumah tangga.
Kata isteri PU Riz itu, perkahwinan merupakan satu medan latihan paling konsisten dan paling jujur untuk mengasah akhlak emosi, nafsu dan tanggungjawab.
Bila kita kahwin, kita bukan sekadar jadi ‘isteri orang’ atau ‘suami orang’. Kita masuk dalam satu sistem tarbiah yang Allah sendiri cipta untuk mendidik nafsu, membentuk sabar dan melatih kita hidup dalam disiplin agama setiap hari.
Tambah Neelofa, ‘latihan’ yang dimaksudkan ini bukan hanya dalam tempoh seminggu tetapi setiap hari selama seumur hidup.
Dan semuanya ialah latihan agama, bukan beban dunia. Sebab perkahwinan ialah medan latihan paling konsisten, paling real, paling jujur untuk asah akhlak, emosi, nafsu dan tanggungjawab.
Tulis ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, sebab itulah Nabi tidak bagi bernikah sekadar untuk keseronokan tetapi sebagai jalan untuk ke syurga, berdua.
Perkahwinan juga, kata Neelofa mengajar seseorang untuk menundukkan kehendak demi tanggungjawab dan menjadi tempat Allah menguji sama ada kita sanggup memberi apa yang pasangan perlukan, bukannya apa yang dirinya mahukan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.