Jarang sekali kita mendengar berita Datuk Adi Putra mempunyai masalah dengan rakan media. Namun, baru-baru ini, seorang wartawan terkejut apabila Adi dikatakan terlalu emosi ketika ditemuramah berikutan hal peribadinya.
Menurut Miss K di portal Astro Gempak, mood Adi tiba-tiba berubah saat wartawan itu ingin bertanya tentang status perkahwinan Adi bersama bekas isteri pertamanya, Aida Yusof.
Wartawan tu tanya tentang status rumah tangga Adi dan Aida sekarang. Itu sahaja. Bukannya apa, sebelum ini orang heboh Adi dah bercerai dengan kedua-dua isterinya. Tup-tup baru-baru ini Adi muat naik foto bersama Aida siap kapsyen ‘Alhamdulillah’…Wartawan tu mewakili orang di luar sana juga, yang nak tahu adakah benar cerita-cerita sebelum ni.
Terus Adi buat muka dan tanya balik kepada wartawan tu, “bila kali terakhir kamera pecah?” Haaa..lebih kurang begitulah jawapan dia, dalam nada yang ‘tegang’. Tu tak campur lagi dengan kerutan di wajah!
Sejauh mana kebenaran berita ini tidaklah kami ketahui, mungkin juga hari itu Adi kepenatan dan tiada mood? Apa-apa pun, selebriti dan wartawan saling memerlukan dalam industri hiburan, tidak perlu untuk bermasam muka dan harus bertolak ansur antara satu sama lain.