“Bila Kahwin Orang Muda Rasa Diri Pun Lebih Muda, Dulu Jarang Ke Masjid Tapi Sekarang Rajin” – DDNK

Kehidupan

“Bila Kahwin Orang Muda Rasa Diri Pun Lebih Muda, Dulu Jarang Ke Masjid Tapi Sekarang Rajin” – DDNK

Sedia maklum, individu yang cukup terkenal dengan tagline ‘Tak Hensem Tak Apa, Janji Kaya’ tahun lalu menjadi perhatian ramai kerana mengahwini untuk kali kedua dengan wanita yang jauh lebih muda darinya.

Malah difahamkan, wanita yang bernama Tuan Nor Ernie Rosemerie Tuan Zahari itu merupakan pelajar DDNK dimana jarak umur mereka adalah 22 tahun.

Advertisement

Susulan berkahwin dengan orang muda, pihak Harian Metro menembual DDNK untuk bertanyakan perasaan setelah berkahwin.

Menurut DDNK atau nama sebenarnya, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan setelah berkahwin dengan orang muda, perkara pelik berlaku terhadap dirinya.

Bila saya kahwin dengan yang lebih muda ini saya pun berasa lebih muda. Kalau dulu saya jarang pergi masjid, sekarang saya sudah selalu.

Bukan mahu menyalahkan isteri pertama, cuma menurut pakar pelaburan saham itu, isteri keduanya ini banyak membantu dia menghampiri matlamat hidup sama ada dari segi dunia serta akhirat.

DDNK dan isteri baru

Dalam pada masa yang sama, DDNK turut tidak bersetuju dengan perkataan ‘penyodol’ yang diguna ramai buat isteri kedua kerana apabila berkaitan dengan cinta, tiada siapa boleh menahan diri dan menipu diri sendiri.

Sekadar info, DDNK pernah berkahwin dengan seorang wanita bernama Hasmawatie dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bersama, sebelum mengambil keputusan berkahwin dengan isteri kedua pada September tahun lalu.

Bekas isteri DDNK
1 year ago

“Saya Takkan 'Move On'” - Bekas Isteri DDNK Dedah Masih Belum Terima Nafkah Iddah Dan Harta Sepencarian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...