Bila Hidung Berdarah Jangan Dongakkan Kepala, Doktor Ini Kongsi Tips Cara Yang Sebetulnya

Trending

Bila Hidung Berdarah Jangan Dongakkan Kepala, Doktor Ini Kongsi Tips Cara Yang Sebetulnya

Bla cuaca tersangat panas, ada yang akan mengalami pendarahan di bahagian hidung, darah mula keluar dari lubang hidung, dan menitis-nitis.

Advertisement

Selalu kita buat adalah mendongakkan kepala dengan harapan akan pendarahan tersebut berhenti kan?

Tahukah anda, cara tersebut sebenarnya adalah salah, dan ia boleh menyebabkan darah tersebut masuk kembali ke belakang tekak, dan ke paru-paru.

Cara yang sebetulnya telah dikongsikan oleh Dr Wanie Wahab menerusi laman Twitternya.

Terdapat beberapa langkah yang harus dilakukan sebenarnya bila hidung berdarah, yang mana anda harus:

1. Memicit hidung, dan

2. Tundukkan kepala ke bawah.

3. Kemudian, pada masa yang sama, anda memicit hidung, kemam sekali ais, untuk menyejukkan diri anda semula.

4. Dalam pada itu juga, anda boleh meletakkan ais di bahagian dahi anda.

5. Namun begitu, jika anda rasakan seperti ada darah di sekitar tekak, boleh berkumur dengan menggunakan air sejuk, dan ludahkannya keluar, jangan ditelan.

6. Jika darah masih tidak berhenti dalam masa 20 minit anda mengulangi langkah-langkah tadi. Jangan tunggu, bergegaslah pergi ke klinik, atau hospital.

Sumber : Twitter Dr Wanie Wahab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...