Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Bila Dua Orang Berselisih Keduanya Tidak Untung Tapi..” – Ebit Lew Mohon Maaf

ebit lew mohon maaf

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menerusi siaran langsung di media sosial menjawab dakwaan dan persoalan yang diajukan beberapa individu mengenai misi kemanusiannya ke Gaza baru-baru ini. Malah, Ebit Lew turut membuat laporan polis menepis dakwaan tidak berasas yang dilemparkan kepadanya.

Advertisement

Terbaru, Ustaz Ebit Lew dalam hantarannya memohon maaf kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam isu ini. Beliau berkata, niatnya hanya mahu menjelaskan tuduhan yang dibuat terhadapnya. Beliau juga telah memaafkan semua yang memfitnah dan menjatuhkannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Jelas Ustaz Ebit, beliau sentiasa berpesan kepada diri sendiri supaya bersatu hati dan berdoa semoga Allah mengangkat musibah yang telah melanda seluruh negara ini.

Advertisement

ebit lew

Menurutnya, ketika sedang berselisih seperti ini, terdapat ramai orang miskin dan anak yatim kelaparan di luar sana. Malah, ramai juga yang hilang kerja dan tempat tinggal akibat wabak yang semakin membimbangkan.

Tambahnya perselisihan yang berlaku hanya menguntungkan syaitan. Oleh itu, dia meminta maaf dan memohon orang ramai mendoakannya.

“Bila dua orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung ialah syaitan. Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya ya.”

Ustaz Ebit kemudiannya mengakhiri entri berkenaan dengan menyatakan bahawa sekiranya ada pahala yang diperolehinya disebabkan oleh isu ini, dia mahu hadiahkan buat ibu dan ayahnya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. salamdaribumicairo

    July 26, 2021 at 11:24 am

    ala ustaz..nape la tak nak citer HAL SEBENAR???
    nape kat live BACA SCRIPT YG TEAM SENDIRI BAGI??
    NAPE MASIH NAK BERBOHONG KATA TAK MELUTUT KAT KAKI MENTERI SANA!!! NAPE NAK BERBOHONG???

    NAPE NAK DELETE NUMBER AKAUN TABUNG USTAZ KAT SABAH???
    TAKUT KNA AUDIT KE USTAZ???

    Ustaz, duit yg ustaz pakai tu juga duit sumbangan pihak atasan..NAPE CKP ATAS DUIT SENDIRI????

    SKIT2 HAL SEBENAR KELUAR..

    KALAU HERO SEJATI…GI LA DUDUK SANA BAWAK ISTER ANAK..
    TENGOK BOLEH SURVIVE TAK ..BOLEH SATUKAN UMMAH TAK..
    KALAU BOLEH SURVIVE..BRU LAYAK DI PANGGIL HERO SEJATI..

    `byk kesah ustaz dan team yg netizen tak tau..

    gil a siasat depa ni..

    jgn sampai audit akaun ye ustaz..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top