Komposer dan penulis lirik lagu Bertahan Demi Cinta, Ippo Hafiz berkata ia agak tidak adil sekiranya nyanyian Fazura dihentam hanya menerusi satu persembahan secara ‘live’.
Menurut Berita Harian, komposer itu merasakan mungkin Fazura menghadapi beberapa masalah sebelum menyanyikan lagu duet bersama bekas suaminya, Fattah Amin itu secara ‘live’.
Saya turut diundang, tetapi tak boleh hadir. Apa yang saya nampak jadual Fazura padat. Jadi, bila diminta menyanyikan lagu secara live, mungkin dia agak terkejut.
Bagi saya, penyanyi perlu mendengar apa yang dinyanyikan dan kalau ‘in ear monitor’ bermasalah, kita tak boleh dengar suara. Jadi, mungkin ada masalah teknikal, tapi saya tiada di sana dan tak berani nak ulas banyak.
Komposer itu turut berkata lagu tersebut sukar untuk dinyanyikan secara solo kerana ia adalah lagu duet.
Ippo menyimpulkan bahawa dia tidak mahu mencampurkan soal peribadi dan kerja. Dia turut menasihati netizen agar selidik terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang komen.