Enggan melibatkan anak dalam persengketaan rumah tangga antara pelakon Shakilla Khoriri dengan bekas suaminya, Fizi Ali, ibu kepada seorang cahaya mata ini dengan rela hati membenarkan anaknya berjumpa Fizi.
Ingin anak segera bertemu ayah
Bukan itu sahaja, Shakilla juga berkata, dia sebenarnya ingin anaknya, Ameena Sofia untuk secepat mungkin bersatu dengan bapanya. Menurut pelakon ini, kalau boleh hari ini juga dia ingin membawa Ameena bertemu Fizi namun masa belum sesuai, ujarnya.
Kalau ikutkan hari ini saya nak bawa Ameena jumpa bapanya namun keadaan ini tidak bersesuaian dan tidak bagus untuk dia yang baru berusia lima tahun.
Apabila dia kata nak jumpa anak, saya gembira. Dia akan ambil pada 1 Mac ini. Sebagai ibu, saya biarkan dia ambil. Lagi cepat dia ambil pun tak mengapa.
View this post on Instagram
Hanya empat hari boleh bersama
Namun demikian, Shakilla tidak dapat mendedahkan mengapa keputusan mahkamah hanya membenarkan bekas suaminya itu untuk menjaga Ameena selama empat hari sahaja.
Kenapa empat hari saya tak boleh kongsi, hanya (dia) Fizi tahu mengapa. Apa boleh saya cakap keputusan ini untuk anak saya. Saya tak kisah orang lain.
Saya kena buat ini untuk jaga kesihatan mental Ameena. Saya tidak mahu perkara ini berpanjangan.
View this post on Instagram
Sekadar info, sebutan kes hadanah yang difailkan Fizi akan didengar semula pada 19 Mei akan datang.