Rasanya ketika zaman sewaktu belajar, sudah pasti ramai yang sudah melalui fasa-fasa menyewa rumah dan ia akan menjadi satu perkara yang bakal mengamit kenangan apabila dewasa kelak.
Bagaimanapun, ada juga yang tidak berasa seronok duduk bersama housemate mereka kerana mempunyai perangai yang tidak menyenangkan.
Seperti perkongsiaan video seorang gadis di TikTok ini, dia meluahkan rasa kesal mempunyai housemate yang tidak tahu untuk menjaga kebersihan bilik, lagi-lagi mereka pula berkongsi bilik.
Difahamkan dari video yang dimuat naik itu, biarpun tahu untuk ‘berlawa’ apabila keluar bersama boyfriend, namun keadaan bilik dibiarkan bersepah tanpa mengemas apa-apa barang di dalamnya.
Jelas kelihatan segala tudung dan baju yang di cuba hanya dibiarkan saja di atas lantai tanpa mengemasnya semula.
Dalam pada itu, gadis terbabit juga memberitahu sudah menegur roommate terbabit, namun masih membuat perangai yang sama berulang kali.
Meninjau di ruangan komen, hampir kesemua netizen memberi reaksi yang sama dan berkongsikan kisah yang lebih kurang sama yang dilalui oleh gadis tersebut.
Menurut netizen, kebanyakkan gadis yang ‘cantik’ ini sememangnya tidak tahu untuk menjaga kebersihan sekitarnya dan hanya fikir untuk jaga diri mereka saja.