Tampil bersuara berhubung isu resort kotor dan tidak selamat untuk didiami milik ushawan kosmetik terkemuka seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, bekas pekerja Dato’ Sri Aliff Syukri iaitu Melati Abd Ghani memaklumkan kepada umum bahawa tindakan untuk berlawan dengan menyalahkan semula pelanggan resort berkenaan sama sekali tidak wajar.
Malah, Melati juga dilihat seakan mempersoalkan pemikiran usahwan itu yang dilihat tidak mahu mengalah biarpun berada pada pihak yang wajar bertanggungjawab di atas segala kesulitan yang berlaku.
“Bila customer complaint mintalah maaf dan perbaiki, bukan salahkan customer. Adui macam mana punya mentalitilah. Sudah-sudahlah tu cakap tak terkesan dengan kata-kata netizen tapi baru seorang customer complaint dah bitter.”
Tidak sekadar itu, Melati dilihat sedikit demi sedikit membongkar sisi gelap yang berselindung di sebalik nama usahawan itu.
“Kalau staff ko bolehlah paksa suruh sumpah bagai, ini customer ko suruh bersumpah bagai walaupun benda tu tak betul. Simpan sikit bangan tu boleh tak,”
Sementara itu, mengulas lanjut mengenai situasi terbabit, Melati mendedahkan adalah normal untuk kanak-kanak berlari-lari sama seperti anak-anak usahawan berkenaan ketika berkunjung ke sesebuah destinasi.
“Alahai nak cakap anak orang berlari-larilah, tak reti duduk diam. Eh anak dia pun kalau pergi mana-mana pun lasak juga, berlari, sampai pecah pasu hotel.”
Namun Melati khabarnya langsung tidak memetik nama mana-mana pihak.
Terdahulu, tular di pelusuk media sosial apabila wujud dakwaan seorang individu yang terkilan dengan servis dan kebersihan sebuah resort milik usahawan kosmetik terkenal tanah air itu.
Dalam pada itu, usahawan tersebut tampil menghubunginya meminta untuk memadamkan posting terbabit sebelum tindakan diambil.
Sekadar informasi, Melati sebelum ini pernah mendedahkan dirinya telah diberhentikan tugas dengan usahawan kosmetik itu selepas setia berkhidmat sekian lama.

Anti Kosmetik
August 22, 2020 at 12:29 pm
Akak pon tau sendiri mcm mana ex boss tu kan.
Ye la dulu dipaksa buat demi kerja.
mesti seronok kan tak keje dgn dato bodoh tu.
takde kena buat jahat demi dato kann
bull849
August 19, 2020 at 8:56 am
haha,,kemain lg ye makcik..dulu ms kije ngn die ko pny bekap smp ko sound2 netizen yg kutok alip tu… bile dh kene buang kije perhhhh ko pny kutok makaihhhh serammmmmm
M
August 19, 2020 at 3:17 am
Ciri-ciri yang tak boleh ambik bekerja macam kak mel ni. Jahat mulut ni
Anynomous
August 19, 2020 at 1:37 am
Kemain kak mel. Dulu siap tolong angkat kasut aliff syukri. Wayang betul
Anonymous
August 18, 2020 at 8:07 pm
Dia durian. Kita ni timun.. Kita hempap dia pon kita sakit. Dia hempap kita pon kita sakit.
Org ada duit, mampu bayar lwyer.. xboleh cuit sikit, terus ajak masuk mahkamah
Rosyatimah Mustafa
August 20, 2020 at 2:06 pm
Kat dunia berduit, blhlah upah loyer wlwpn sbnarnya memg bersalah. Dlm kubur esok, duit tak ikut masuk lubg kubur, mengadap 2 Pendakwaraya serentak, Munkar dan Nakir, waktu tu barulah tahu ketajaman bicara semsa di dunia akn memakan diri