“Bila Customer Complaint, Minta Maaf Bukan Salahkan Balik” – Bekas Pekerja Aliff Syukri Sokong Tindakan Pengunjung Resort

Hiburan

“Bila Customer Complaint, Minta Maaf Bukan Salahkan Balik” – Bekas Pekerja Aliff Syukri Sokong Tindakan Pengunjung Resort

Tampil bersuara berhubung isu resort kotor dan tidak selamat untuk didiami milik ushawan kosmetik terkemuka seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, bekas pekerja Dato’ Sri Aliff Syukri iaitu Melati Abd Ghani memaklumkan kepada umum bahawa tindakan untuk berlawan dengan menyalahkan semula pelanggan resort berkenaan sama sekali tidak wajar.

"Bila Customer Complaint, Minta Maaf Bukan Salahkan Balik" - Bekas Pekerja Aliff Syukri Sokong Tindakan Pengunjung Resort

Advertisement

Malah, Melati juga dilihat seakan mempersoalkan pemikiran usahwan itu yang dilihat tidak mahu mengalah biarpun berada pada pihak yang wajar bertanggungjawab di atas segala kesulitan yang berlaku.

"Bila Customer Complaint, Minta Maaf Bukan Salahkan Balik" - Bekas Pekerja Aliff Syukri Sokong Tindakan Pengunjung Resort "Bila Customer Complaint, Minta Maaf Bukan Salahkan Balik" - Bekas Pekerja Aliff Syukri Sokong Tindakan Pengunjung Resort

“Bila customer complaint mintalah maaf dan perbaiki, bukan salahkan customer. Adui macam mana punya mentalitilah. Sudah-sudahlah tu cakap tak terkesan dengan kata-kata netizen tapi baru seorang customer complaint dah bitter.”

Tidak sekadar itu, Melati dilihat sedikit demi sedikit membongkar sisi gelap yang berselindung di sebalik nama usahawan itu.

"Bila Customer Complaint, Minta Maaf Bukan Salahkan Balik" - Bekas Pekerja Aliff Syukri Sokong Tindakan Pengunjung Resort

“Kalau staff ko bolehlah paksa suruh sumpah bagai, ini customer ko suruh bersumpah bagai walaupun benda tu tak betul. Simpan sikit bangan tu boleh tak,”

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai situasi terbabit, Melati mendedahkan adalah normal untuk kanak-kanak berlari-lari sama seperti anak-anak usahawan berkenaan ketika berkunjung ke sesebuah destinasi.

"Bila Customer Complaint, Minta Maaf Bukan Salahkan Balik" - Bekas Pekerja Aliff Syukri Sokong Tindakan Pengunjung Resort "Bila Customer Complaint, Minta Maaf Bukan Salahkan Balik" - Bekas Pekerja Aliff Syukri Sokong Tindakan Pengunjung Resort

“Alahai nak cakap anak orang berlari-larilah, tak reti duduk diam. Eh anak dia pun kalau pergi mana-mana pun lasak juga, berlari, sampai pecah pasu hotel.”

Namun Melati khabarnya langsung tidak memetik nama mana-mana pihak.

Terdahulu, tular di pelusuk media sosial apabila wujud dakwaan seorang individu yang terkilan dengan servis dan kebersihan sebuah resort milik usahawan kosmetik terkenal tanah air itu.

"Bila Customer Complaint, Minta Maaf Bukan Salahkan Balik" - Bekas Pekerja Aliff Syukri Sokong Tindakan Pengunjung Resort "Bila Customer Complaint, Minta Maaf Bukan Salahkan Balik" - Bekas Pekerja Aliff Syukri Sokong Tindakan Pengunjung Resort

Dalam pada itu, usahawan tersebut tampil menghubunginya meminta untuk memadamkan posting terbabit sebelum tindakan diambil.

Sekadar informasi, Melati sebelum ini pernah mendedahkan dirinya telah diberhentikan tugas dengan usahawan kosmetik itu selepas setia berkhidmat sekian lama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...