Baru-baru ini, pelakon popular dikenali ramai iaitu Fattah Amin meluahkan kata-kata yang menyentuh hati buat puteri sulungnya, Nur Fatima hingga menyentuh perasaan ramai netizen.
Enggan perceraian berlaku
Dapat dilihat dalam sesi temu bual bersama Janna Nick, aktor tersebut mengakui bahawa dirinya tidak mahukan perceraian bersama bekas isteri, Nur Fazura berlaku.
Katanya lagi, biarpun sudah tidak sebumbung, tetapi Fattah berharap agar Fatima tidak melupakannya.
‘Fatima akan faham bila dah besar nanti..’
Kalau diberi peluang untuk daddy sendiri cakap dengan Fatima, daddy memang tak nak perkara ini jadi. Bila Fatima besar nanti, Fatima akan faham keadaan sebenarnya.
Dalam pada masa yang sama, pelakon drama Keluarga Itu berhasrat mahu membahagiakan anaknya tetapi keadaan tidak mengizinkan.
Sekadar info, Fattah dan Fazura pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.
Namun, perkahwinan tersebut terlerai pada Oktober tahun lalu selepas Fazura memfailkan perceraian atas sebab sudah tidak persefahaman.