“Bila Beli Kereta “Second hand”, Nanti Bil Air Pulak Naik Sebab Dah Tak Mandi Hujan”, Seloroh Suami Pada Si Isteri

Trending

“Bila Beli Kereta “Second hand”, Nanti Bil Air Pulak Naik Sebab Dah Tak Mandi Hujan”, Seloroh Suami Pada Si Isteri

2

Bak kata pepatah orang-orang tua..

Advertisement

‘Hidup ini umpama roda, adakala kita diatas dan adakala kita ada di bawah’. Di dunia yang fana ini tidak semua orang kaya dan tidak semua orang miskin. Bersederhana.

Pastinya ramai antara kita termasuk diri admin inginkan menjadi seorang yang kaya dan hidup mewah, dan ada diantara kita juga tidak kisah sangat pun kaya atau miskin asalkan hidup bahagia bersama orang tersayang.

Setiap ikatan yang dibina untuk membentuk sebuah keluarga sudah pasti ramai inginkan kebahagian. Perlu kita tahu, kebahagiaan bukan boleh dibeli dengan wang ringgit tapi dari keihklasan dan kejujuran yang dibina atas ikatan yang sah.

Sebuah posting yang menarik minat admin di laman Facebook hari ini oleh seorang lelaki bernama Dan Shan di mana beliau telah menceritakan pengalaman yang disaksikannya terjadi di depan matanya iaitu perbualan antara sepasang suami isteri yang pasti membuatkan ramai antara kita rasa cemburu.

**tulisan beliau telah kami alih bahasa ke bahasa Malaysia.

Pertama sekali, Syukur Alhamdulillah kepada semua yang Allah telah berkati bersama saya. Amin.

Saya terlihat pasangan ini sedang memakai baju hujan kerana hujan lebat ketika itu. Ini adalah perbualan antara mereka ..

Suami: Kita tunggu kejap la sayang, Hujan lebat Sangat ni

Isteri: kalau tunggu takut lambat nak ambik Aishah (saya menganggap ia adalah anak perempuan mereka)

Suami: call la kak Nah cakap Kita Lambat sikit, Sutuh dia bagi makan dulu Ke apa.

Isteri membuat panggilan kemudian melihat suami dan berkata ..

Isteri: dah call, Kak Nah kata ok.

Beberapa minit kemudian selepas merenung ke dalam hujan, isteri berpaling kepada suaminya dan berkata ..

“kalau kita ada rezeki lebih tahun ni, kita beli la kete second hand ye bang”

Suami: InSyaAlllah sayang, nanti abang usahakan. Senang la jugak kita, tapi nanti bil air kita la pulak naik pasal dah tak mandi hujan.. (kedua-dua mereka ketawa bersama-sama)

Walaupun mereka hidup dalam kesusahan yang mereka hadapi, mereka masih mampu ketawa dan senyum bersama-sama.

Di depan mata saya kini ada lah contoh sebuah keluarga yang begitu bahagia. Semoga Allah memberkati anda dan keluarga anda dengan rezeki yang melimpah dan gembira sentiasa.

Tidak perlu menjadi terlalu kaya, asalkan bahagia. Jika takdir dah menetapkan memang kaya, alhamdulillah dan bersyukur seadanya.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...