Baru beberapa hari suaminya meninggal dunia, timbul pula kata-kata kurang enak dan dan dakwaan dilontarkan kepada pelakon, Datin Seri Noniswara.
Bagaimanapun, aktres tersebut telah tampil menangkis dakwaan warganet bahawa dia langsung tidak menjaga suaminya, Allahyarham Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad ketika sedang terlantar sakit di hospital.
Katanya, dia sentiasa di sisi suaminya sejak hari pertama arwah diserang penyakit itu sehingga ke akhir hayatnya dan Noniswara turut memuat naik gambar bukti.
Dia hanya balik ke rumah untuk tidur disebabkan tiada pelawat dibenarkan bermalam di unit rawatan rapi (ICU) dan tidak sempat merakamkan moment menjaga arwah suami di wad.
Noniswara turut meluahkan rasa sedih kerana suami tiada lagi untuk sentiasa mempertahankan dirinya apabila berlaku isu-isu negatif seperti ini.
Banyak sungguh fitnah yang dilemparkan pada saya dan awak. Dulu kalau orang kacau saya, awak mesti pertahankan saya. Masa awak ada, tidak berbunyi dan tidak berani. Sekarang awak dah tiada, baru nak berbunyi.