Bila Artis Berniaga Je Semua Berebut Beratur Nak Beli, Tapi Bila Kawan Sendiri Berniaga…

Trending

Bila Artis Berniaga Je Semua Berebut Beratur Nak Beli, Tapi Bila Kawan Sendiri Berniaga…

Perniagaan atas talian kini semakin pesat membangun dan berkembang di Malaysia, boleh di katakan apabila kita membuka Facebook sahaja, pasti akan ada iklan-iklan berniaga daripada rakan-rakan kita. Lebih-lebih lagi zaman ekonomi yang masih tak stabil.

Ini kerana medium atas talian terutamanya media sosial merupakan satu medium yang cukup mudah untuk melakukan sebarang iklan tanpa perlu mengeluarkan kos.

Advertisement

Tapi, kebiasaannya kita lihat, apabila rakan kita atau kita sendiri berniaga ia seolah-olah tidak wujud, walaupun rakan ada beribu-ribu tetapi ia kebanyakkan seolah-olah dipandang sepi, tapi jika artis yang berniaga, dia mungkin orang yang pertama yang ‘like’ dan tempah.

Seorang pengguna Facebook bernama Niena Ismail telah berkongsikan satu artikel lebih kepada kiasan kepada netizen.

Jom kita baca.

Mindset & mindmad

Bila Nealofa jual tudung semua beratur beli

Bila Fizo Mawar jual tudung semua gaduh beli

Bila Anzalna jual baju kurung semua pakat beli

Bila Scha Alyahya jual blouse semua nak beli

Bila Che Ta jual jubah semua teruja nak beli

Bila Fynn Jamal jual seluar semua sawan beli

Bila Zizan jual t-shirt semua gairah nak beli

Walaupun pakaian yang mereka keluarkan tak patuh syariah… Walaupun pakaian yang mereka keluarkan indah khabar dari rupa.

Bila Betty Rahmad, Izzue Islam, Arja Lee, Tasha Shila, Kak Ogy, Yana Samsudin jual biskut raya… awal tahun lagi semua dah tempah. Walaupun tak sedap mana, harap glamour balang botol letak atas meja.

Bila revolusi minyak wangi artis menular…

Che Ta, Dato CT, Fazura, Shila Rusly, Rita Rudaini, Remy Ishak, Nealofa keluar jenama minyak wangi sendiri semua berebut beli. Walaupun sumber mereka dari tempat yang sama. Walaupun wangian mereka setanding minyak wangi roll on sebotol RM5 di booth-booth kecil pasaraya.

Semua beli saja. Habiskan wang gaji nak nampak glamour. Tawar menawar tiada. Beli saja…

Tapi…..

Bila kawan sendiri berniaga, tak lekang di mulut “TAK DAPAT KURANG KE?”…. “MAHALNYA…”, itu nasib baik beli juga katanya support member. Ada pula nak lalu kedai kawanpun tak selera. Nak like status business kawan-kawan pun berat jari tak sudi. Ada pula tu…. kawan jual barang artis ternama pun ada yang cakap “TAKPE LAA SAYA BELI DENGAN DEALER”.

Come on laaaaa….. semua barang dipasaran tu ada kualitinya. Kalau kawan letak harga tinggi tu disebabkan modalnya. YANG PENTING…. JANGAN CONDEMN BILA KAWAN BERNIAGA. Kalau ada yang tak kena, tegur dan bagi nasihat membina.~ Niena Ismail

P/S: Apa yang ditulis adalah pandangan dan nasihat peribadi dari puan Niena Ismail dan tiada kena mengena dengan kami di AmazingNara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...