Bila Anak Dah “Dapat Kaki”, Fasa Paling Mencabar Buat Ibu Bapa?

Trending

Bila Anak Dah “Dapat Kaki”, Fasa Paling Mencabar Buat Ibu Bapa?

Ini saya, 6 tahun lepas dengan anak sulung yang baru berusia setahun. ‘Baru dapat kaki’ lagi dia masa ini. Ini lah zaman di mana shopping itu lebih banyaknya mengejar anak sampai tak boleh fokus cari barang,sudahnya balik aje lah.

Advertisement

Ini lah zamannya di mana berapa banyak open house raya yang dihadiri pun,tidak mengenyangkan perut kerana saya lebih banyak mengawasi anak dari memanjat , berlari atau mencapai barang itu dan ini di rumah orang.

Memang tak senang hati nak makan,pendek kata. Sudahnya, sambung makan nasi di rumah saja lah.

Inilah zamannya bila nak buat kerja rumah apa pun, ibarat acara lari bertukar baton: letak anak di kerusi makannya – pastikan kedudukannya menghadap kita di dapur longgok kan lobak ,oren,senduk dan apa saja didepannya sebagai tarikan.

Cuba menumis lauk selaju mungkin sambil menyanyi dan bercakap-cakap dengannya untuk membeli masa – tutup api dan berhenti masak bila anak dah meronta-ronta nak turun/minta di dukung main, susukan atau tidurkan anak – sambung masak balik – siaplah satu lauk ringkas dalam tempoh sejam setengah yang sebenarnya boleh siap dalam 15 minit.

Inilah zamannya bila hendak mengarang satu email pendek pun boleh ambil satu hari. Pantang nampak kita buka laptop,mula la anak pun minta duduk atas riba ,nak buat kerja dia juga. Mainan sebakul yang kita dah lambak untuk dia tadi, dia buat tak tau saja.

Semua ini diulang semula bila si adik hadir melengkapi hidup kami.

Fasa mencabar ini tak pernah saya lupakan. Sebenarnya, keseluruhannya, saya gembira melaluinya. Memang la kadang kala macam nak gila dibuatnya. Jadi tarzan dan singa pun pernah ?? tapi saya tak rasa saya mahu menjadi seorang ibu tanpa semua memori ‘huru-hara’ ini.

Buat para ibu yang sedang bergelut dengan fasa ini, sesukar mana anda merasakannya sekarang, sekuat mana anda mahu ia berakhir. Percayalah, menjadi ibu tidak akan bermakna tanpa ‘huru-hara’ ini.

Jom kongsi kisah huru- hara anda sebagai penyuntik semangat ibubapa lain yang sedang melaluinya supaya mereka tahu, mereka tak keseorangan!.

Kredit : Baby Language

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...