“Bila Allah Nak Kasi, Dia Kasi lah” – Luah Seorang Wanita Kerana Asyik Ditanya “Dahh Ada Isi Ke Belum?”

Trending

“Bila Allah Nak Kasi, Dia Kasi lah” – Luah Seorang Wanita Kerana Asyik Ditanya “Dahh Ada Isi Ke Belum?”

coverpreg (1)

Bila dua hati dah berpaut antara satu sama lain dan mendirikan rumah tangga, dah pasti setiap pasangan yang berkahwin nak cahaya mata untuk menjadi pelengkap perkahwinan kan?

Advertisement

Itu lah anugerah yang tak ternilai untuk pasangan suami isteri. Tapi sebagai manusia kita perlu tahu, rezeki ajal dan maut semua tu bukan kita yang kawal. Ada pasangan yang rezeki mereka cepat, baru kahwin beberapa bulan dah mula mengandung. Tapi ada juga yang dah bertahun kahwin tapi belum ada isi dalam perut.

Siapa kita nak buat kerja DIA? Perancangan DIA yang paling terbaik. So kena la sentiasa usaha, berdoa dan bertawakal. Tapi yang paling menyedihkan buat sesetengah pasangan yang masih belum ada cahaya mata apabila kerap diasak dengan pertanyaan “Dah mengandung belum?” atau “belum ada isi lagi ke?”. Hmm hati mana la yang tak sentap bila asyik ditanya soalan yang sama berulang kali.

Kepada yang masih belum ada cahaya mata dan kepada yang SUKA MENANYA tu meh lah baca luahan hati yang dikongsi oleh seorang wanita bernama Farisya Syamin ini..

Screen-Shot-2015-12-21-at-2.40.21-PM-630x408

Bila Allah nak kasi, Dia kasi lah

The best part now is, bila ambik gambar, there’s no need to even try to kempiskan perut! Our first picture, Husband & I and our lil munchkin in the oven. I remember few months after we got married, orang asyik lah tanya “dah ada isi belum?” “Are u pregnant?” Especially when U get some marriage weight after. It was so stressful. At firs I was just going with the flow coz I knew bila Allah nak kasi, dia kasi lah but when all these questions came especially from makcik2 kenduri, even some friends, daripada tak stress, relax je jadi stress gila. I even started feeling like something was wrong with me. I now understood orang yang kahwin dah lama gila&tak dapat2 lagi rezeki anak felt like. I understood why they sometimes malas attend functions. Ada jugak bila I answered “No, not yet” they’d offer me sympathy when I really wasn’t asking for any ????

Kita faham apa yang dia rasa & lalui

Have U ever thought that Ur questions&what U say could affect someone else? Daripada orang tu elok je okay, but because of Ur questions&what U say, it bothered them? Yes, it all started from You. If that had never crossed Ur mind, start thinking about it before U ask questions yang tak patut ditanya. U dont know what they’re going through and their level of sensitivity. U dont know probably they’re trying their hardest but Allah hasn’t granted them yet. U just dont know. Even soalan-soalan “Bila nak kahwin?”, U dont know what they feel every time U ask them that. Banyak lagi questions to ask. Start with “hows ur day?”, kan lebih elok. Dont question other’s rezeki when it actually all comes down to Allah. It is from Him not something U could just click a button on. There’s no ‘Jodoh’ button or ‘Baby’ button. And for those who are still waiting for anything at all, pekakkan telinga dengan soalan2 tak berfaedah ni. Allah ada. Allah grants the things U want at the perfect time. Have faith in him, He knows best

Jadi macam mana?

Tak salah nak bertanya. Tapi berpada-padalah. Jaga hati orang yang baru je berkahwin. Macam mana pula jika kita pula berada disituasi seperti ini? Dah tentu rasa rimas jugak kann..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...