Baru-baru ini, ramai pelakon-pelakon veteran yang tampil menyatakan rasa sedih kerana telah kurang sumber pendapatan disebabkan tidak lagi mendapat tawaran berlakon dari mana-mana pihak produksi.
Nasib yang sama juga telah menimpa seorang pelakon dan penyanyi hebat, Jalil Hamid yang dimaklumkan sudah kurang mendapat tawaran lakonan. Dirinya juga telah diuji dengan pelbagai gangguan kesihatan diusianya yang tua ini.
Pada mula memang ada masalah esofagus. Sebelum tu saya ada didiagnos masalah hati, jantung dan kaki mula bengkak bila minum air lebih.
Malu nak cerita, kita ni kerja harapkan gaji. Bila ada kerja ada gaji, bila tak ada termenung je lah..
View this post on Instagram
Penyanyi asal lagu Ayam ini juga akui merasa resah kerana tidak mendapat kerja sudah tiga tahun dan pada masa yang sama berasa kasihan terhadap isterinya juga. Dirinya berkata dia tidak keberatan untuk bekerja jika mendapat tawaran selagi mampu.
Namun begitu, Jalil juga berpendapat bahawa dia faham situasi dimana dia kurang mendapat pekerjaan disebabkan masalah kesihatan yang dihidapnya. Tambahnya, kini dia hidup berlandaskan apa yang ada sahaja untuk meneruskan hidup.
Pelakon senior ini juga berkata jika apa siapa-siapa yang sudi mengambilnya kerja, dia akan terima namun tidaklah lasak seperti dulu ujarnya.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.