Bil Elektrik Naik Mendadak, TNB Minta Anda Ke Kedai Tenaga

Trending

Bil Elektrik Naik Mendadak, TNB Minta Anda Ke Kedai Tenaga

Minggu ini kecoh di Facebook dan media sosial berkenaan dengan bil TNB yang mendadak naik. Sekiranya kita ‘search’ TNB di ruangan Facebook, akan ada banyak keputusan keluar berkenaan rungutan pengguna TNB.

Advertisement

Ada yang sudah melaporkan kepada Hotline, namun rakyat terus di dalam teka teki, tidak ada pengumuman oleh TNB.

Tetapi semalam TNB telah mengeluarkan satu kenyataan dan menjelaskan bahawa pihaknya mengambil maklum terhadap rungutan dan aduan pelanggan berhubung bil elektrik yang tinggi.

Menurut TNB, pihaknya juga telah menerima dan melayani aduan mengenai perkara itu yang dikemukakan terus di Kedai Tenaga.

Tetapi sehingga sekarang tiada penjelasan umum dapat diberikan kepada rungutan berkenaan kerana setiap kes perlu diteliti terlebih dahulu dan ia berbeza antara satu sama lain.

Oleh itu, TNB memohon kerjasama pengguna yang terlibat untuk berurusan terus dengan Kedai Tenaga yang berdekatan kerana data pengguna hanya boleh diakses di Kedai Tenaga.

Pengguna juga dinasihatkan untuk membawa bil masing-masing bagi memudahkan urusan semakan.

TNB memberi jaminan bahawa jika berlaku terlebih caj, jumlah lebihan terbabit akan dikreditkan ke dalam bil pengguna pada bulan berikutnya.

Kepada anda yang mengalami masalah bil elekrik pada bulan ini, pergilah ke TNB untuk menyelesaikan masalah ini. 

Ingat jangan asyik menyalahkan orang sahaja!

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...