Pada awal minggu ini, kebanyakan pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) mula panik selepas mendapati bil mereka meningkat berkali ganda.
Mereka berpendapat perkara ini terjadi sejurus pelaksanaan tarif elektrik baru mulai 1 Julai yang lalu.
Kadar baru electricity ni cost me about 5 times more than last month.
Memang mahaldahni. https://t.co/NQWGsvDimm pic.twitter.com/PRegUFffwz
— Dibs (@adibhazlami) July 8, 2025
Namun, TNB menjelaskan bahawa perkara itu berlaku disebabkan oleh masalah teknikal di mana terdapat ralat yang menyebabkan paparan graf penggunaan bulan Julai tidak tepat.
Menerusi satu hantaran di Facebook, TNB memaklumkan isu teknikal berkaitan paparan graf penggunaan kWh bulan Julai di aplikasi myTNB telah berjaya diselesaikan.
Paparan graf penggunaan harian dan bulanan kini kembali berfungsi sepenuhnya. Kami akan terus memantau prestasi sistem bagi memastikan pengalaman pengguna yang lancar.
Kami ingin sekali lagi memberi jaminan bahawa isu ini tidak menjejaskan bacaan meter sebenar atau bil muktamad pelanggan bagi bulan Julai.
Di akhir hantaran, TNB turut memohon maaf atas kekeliruan yang timbul serta menghargai kesabaran para pelanggan sepanjang proses penambahbaikan ini.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.