Satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita terhadap penyanyi lelaki popular era 90-an selepas didakwa gagal membayar tunggakan sewa rumah.
Menurutnya, penyanyi tersebut tidak membayar sewa sejak Jun lalu dan ia kini sudah mencecah RM3,000 dan notis mengosongkan rumah sudah diberikan.
Difahamkan, notis itu diterima oleh isteri penyanyi tersebut namun tidak mengendahkan dan mereka kekal duduk di rumah berkenaan.
Bukan itu sahaja, penyanyi itu turut didakwa mempunyai tunggakan bil elektrik sebanyak RM6,770 dan sering mengganggu jiran tetangga.
Kata wanita itu, dia sudah berjumpa dan berhubung dengan mereka melalui telefon untuk berbincang serta meminta pasangan tersebut keluar dari rumah.
Penyanyi itu juga didakwa sering membuat bising dan merosakkan harta jiran. Dia turut memelihara banyak kucing yang mengakibatkan bau busuk, membuang sampah merata-rata dan menimbulkan rasa tidak puas hati jiran.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata tuan rumah terbabit telah membuat laporan di Balai Polis Setapak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.