Written by serenity | December 2nd, 2017

Sebelum ini, kisah ‘percintaan’ Nabila Razali dan Aedy Ashraf yang bermula sebulan lepas mendapat perhatian netizen kerana melibatkan drama tangisan oleh Nabila di media sosial. Ramai Netizen asalnya tertipu dengan drama mereka, sehinggakan mengecam Nabila terhegeh-hegeh manakala Aedy pula dikecam sebagai playboy kerana percaya Aedy benar-benar curang pada Nabila.

Namun, ‘percintaan’ mereka sebenarnya hanyalah gimik untuk lagu ‘Pematah Hati’ yang videonya dilancarkan 29 November lepas. Ini diakui sendiri oleh Nabila, yang memberitahu gimik itu sebenarnya bukanlah dirancang lebih awal, sebaliknya Nabila hanya mengikut rentak setelah memuat naik gambarnya sedang bermesra dengan Aedy di sebuah restoran yang sebenarnya merupakan sebahagian dari adegan video muzik lagu tersebut. Reaksi netizen yang teruja melihat gambarnya dengan Aedy ketika itu menyebabkan Nabila terfikir untuk membuat gimik percintaan dengan Aedy bagi membina keterujaan Netizen.

Boleh dikatakan, gimik itu berjaya kerana ia mendapat 1 juta tontonan selepas 24 jam dilancarkan, namun begitu, ada netizen yang berang kerana Nabila dianggap menggunakan publisiti murahan untuk menaikkan nama serta mempopularkan lagu ‘Pematah Hati’ yang sebenarnya sudah agak lama dikeluarkan di pasaran.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Pada masa kini, boleh dikatakan ada yang sanggup melakukan apa juga, termasuk berpura-pura bercinta demi menjadi popular. Perkara ini bukan saja dilakukan oleh Nabila Razali yang juga merupakan salah seorang bekas peserta Akademi Fantasia, khabarnya ada juga pasangan pelakon yang berpura-pura bercinta demi meraih perhatian dan minat Netizen.

Kata orang, publisiti buruk pun, publisiti juga, kan? – beautifulnara.com

18 responses to Bikin Gimik Percintaan Dengan Aedy Ashraf, Nabila Razali Dicemuh Netizen

  1. Anonymous says:

    Siapa niii?

    9

    1
  2. Anonymous says:

    penyanyi cap ayam. k byeee!!!

    5

    0
  3. Akakemosi says:

    Aku pun rasa nak cemuh.Bergambar rapat2 celah ketiak lelaki pun kira gimik hotak kau eh.Suara dah la tak best. Berlakon lagi hampeh. Kerut2 muka mcm kena sembelit. Ni aku suggest baik kau buat duet dgn budak AF Amal rambut kembang tu. Suara kepit sama dah tu. Alang2 buat cover lagu chipmunk. Baru rare.. suara chipmunk ori. Baru boleh viral cik adik oii..

    9

    0
  4. nined says:

    Mau x dicemuh..kau telah mempermainkan perasaan satu rakyat malaysia tau..kena game gitu jerrr..wahahah

    4

    0
  5. akakemosi says:

    Aku pun rasa nak cemuh. Bergambar rapat2 celah ketiak lelaki pun kira gimik hotak kau eh. Suara dah lah tak best. Berlakon lagi hampeh. Kerut2 muka macam kena sembelit. Ni aku suggest kau berduet dgn budak AF amal rambut kembang. Suara kepit dah nak sama dah. Baru rare.. suara chipmunk ori. Baru boleh viral dik oii

    2

    0
  6. Zaza says:

    Dua2 ekor ni sama je. terdesak sgt nk dptkan publisiti.yg sekor dok gigih tayang badan yg tk berapa nk sado tu yg sekor dok gigih buat video fake.
    Ni ke cara korang nk terkenal ? Sgt menyedihkan.pathetic.
    P/s: lagu baru kau mmg tk sedap lgsung.penuh autotune.sorry lah.

    11

    0
  7. Lokman Hakim says:

    Biasalah penyanyi yg nak cari publisiti…perlu cari kelainan yg baru…baru nmpak menarik

    2

    3
  8. Anonymous says:

    muka2 yg layak diketutukan saja.

    3

    0
  9. BiaqPla says:

    Artis sendu.Nexttt

    5

    0
  10. Anonymous says:

    netizen mostly sebenarnya dah malu…hahaha sebab dh kena game. bila dah malu biasa la, kutuk pula. haritu kemain lgi sebelah si nabila ni. padahal semua kenal je nabila ni, ni dan2 laa kata x kenal, pelakon kayu. kalau kayu xde la korang kne tipu hidup2. dah2 laa tu, xyah laa kutuk2 lgi. yg penting strategi marketing dia menjadi, dan view music dia utk 3 hari dh sejuta lebih.

    1

    9
  11. Anonymous says:

    x lama la ni….lepas ni sendu la.

    1

    0
  12. Haru says:

    Who ????????????

    4

    0
  13. Lu pning says:

    Nk lku lgu pnya psal,snggup d cemuh suma.pe daaa?da mcm stail politik pulak..bdoh2 org.dia igt org msia ni baghal ke,dlu blh..skrg da mju.

    0

    0
  14. hidung dia besar says:

    okay..cap ayam..xcantik..

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Muka bila bercakap mcm mintak kaki.

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Aku heran pahal yg dia ni byk kali timbul tajuk cite ngn si edi ni. Tapi tak rasa nk baca pn cite dorg. Tup2 tajuk latest ckp tu semua gimik. Apooo. Ekau ni sapo yg sebona ae????

    0

    0
  17. Anonymous says:

    view tak semestinya suka.. nama pun tak kenal.

    0

    0

Leave a Comment

Optional