Sebelum ini, kisah ‘percintaan’ Nabila Razali dan Aedy Ashraf yang bermula sebulan lepas mendapat perhatian netizen kerana melibatkan drama tangisan oleh Nabila di media sosial. Ramai Netizen asalnya tertipu dengan drama mereka, sehinggakan mengecam Nabila terhegeh-hegeh manakala Aedy pula dikecam sebagai playboy kerana percaya Aedy benar-benar curang pada Nabila.
Namun, ‘percintaan’ mereka sebenarnya hanyalah gimik untuk lagu ‘Pematah Hati’ yang videonya dilancarkan 29 November lepas. Ini diakui sendiri oleh Nabila, yang memberitahu gimik itu sebenarnya bukanlah dirancang lebih awal, sebaliknya Nabila hanya mengikut rentak setelah memuat naik gambarnya sedang bermesra dengan Aedy di sebuah restoran yang sebenarnya merupakan sebahagian dari adegan video muzik lagu tersebut. Reaksi netizen yang teruja melihat gambarnya dengan Aedy ketika itu menyebabkan Nabila terfikir untuk membuat gimik percintaan dengan Aedy bagi membina keterujaan Netizen.
Boleh dikatakan, gimik itu berjaya kerana ia mendapat 1 juta tontonan selepas 24 jam dilancarkan, namun begitu, ada netizen yang berang kerana Nabila dianggap menggunakan publisiti murahan untuk menaikkan nama serta mempopularkan lagu ‘Pematah Hati’ yang sebenarnya sudah agak lama dikeluarkan di pasaran.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
tak sedap pun dia menyanyi. dahlah penipu. ingat kelakar ke nak buat gimik. dahlah tak famous. orang kenal pun sebab publisiti murahan. sedih je hidup pun kena cemuh https://t.co/Z59zPyJtJU
— embun karina (@embunkarina_) December 1, 2017
Suara pun autotune. Bleghh
— Hoe Li Sheet (@ex3terrestrial) December 1, 2017
Budak AF. Dulu time AF pun kena kecam teruk dia ni sebab suara barai nak mampos tapi lepas audition lol
— sarah (@srhzlkha) December 1, 2017
Zaman sekarang agungkan suara penyek macam ni. Hipster katanya. Carilah penyanyi suara yang ada kualiti sikit, Haqiem rusli okay lagi kot
— AUSS (@AUSS2808) December 1, 2017
Nak tambah. I keliru vidclip dia tu nak buat vidclip ke nak buat pasal dia dengan aedy? Lol sebab banyak sangat. Tak nampak motif vid tu. dahlah keras je dia dalam tu, konon nak nampak ranggi tapi takjadi, tah hape hape hahahah jahatnya aku
— bæ (@thesafuraayasin) December 1, 2017
Mungkin sebab dia sedar dia tak berapa famous la dia gigih pikir buat gimik marketing gitu, see sekarang semua orang kenal dia. Tak nampak masalah pun lol
— Atikah Azman ? (@atikahazman) December 1, 2017
Pada masa kini, boleh dikatakan ada yang sanggup melakukan apa juga, termasuk berpura-pura bercinta demi menjadi popular. Perkara ini bukan saja dilakukan oleh Nabila Razali yang juga merupakan salah seorang bekas peserta Akademi Fantasia, khabarnya ada juga pasangan pelakon yang berpura-pura bercinta demi meraih perhatian dan minat Netizen.
Kata orang, publisiti buruk pun, publisiti juga, kan? – beautifulnara.com